Bismillahirrahmanirrahim...
Wahai
hati yang hitam,
Diri
ini terasa semakin jauh daripada RABBNYA..
Semakin
menyimpang dari jalan RABBNYA..
Semakin
lupa akan KHALIQNYA..
Semakin
lalai dengan nikmat RAHMANNYA..
Semakin
tunduk kepada NAFSU AMMARAH yang merosakkan seluruh akhlakku…
Semakin
tenggelam dalam bisikan-bisikan SYAITAN yang menyesatkan di segenap inci
akidahku..
Wahai hati yang hitam,
Bilakah
tangan yang dicintai akan berada di atas tangan yang FAKIR..
Bilakah
kaki yang dicintai akan jejak di rumah ALLAH yang suci..
Bilakah
mata yang dicintai akan menundukkan pandangannya daripada hidangan yang haram..
Bilakah
telinga yang dicintai akan mendengar kalam-kalam ALLAH yang menggetarkan jiwa..
Bilakah
mulut yang dicintai akan basah dengan ZIKRULLAH..
Bilakah
badan yang dicintai akan diselubungi AURATNYA..
Wahai hati yang hitam,
Bilakah
lagi..
Sanggupkah
kau biarkan dirimu terus terusan dipalit noda..
Diinjak-injak
oleh nafsu..
Diperbodohkan
oleh syaitan..
Diri
ini bukan boneka wahai hati yang hitam..
Diri
ini perlukan kebenaran wahai hati yang hitam..
Wahai
hati yang hitam,
Tangan,
kaki, mata, telinga, mulut dan badan…
Terlalu
merindui syariat ALLAH..
Berikan
mereka hak yang selayaknya..
Merekalah
saksi-saksi kau di hari pembalasan nanti..
Sanggupkah
kau melihat mereka menjadi penentang kau pada mizan nanti..
Wahai hati yang hitam,
Menyesallah
dengan perbuatan tercelamu..
Siramlah
dirimu dengan air mata keinsafan..
Sujudlah
dan pohon keampunan daripada MAHA PENGAMPUN..
Gembirakan
tangan, kaki, mata, telinga, mulut dan badanmu..
Wahai
hati yang hitam,
Jadilah
seterang-terang cahaya keimanan..
Biarkan
nafsu dan syaitan menangis kerana tewas dengan keimananmu..
Cukuplah
sekali kau merana kerana mereka..
Cukuplah
sekali kau menyesal kerana mereka..
Cukuplah
sekali kau dimurkai oleh RABBMU kerana mereka..
Mereka
bukanlah sahabat terbaik kau kerana mereka adalah sejahat jahat pendamping..
Wahai hati yang hitam,
Pendamping
terbaikmu adalah ALLAH YANG SATU..
Dekatkan
dirimu kepada NYA..
Sujud
kepada NYA..
Selangkah
kau merapat, seribu langkah DIA mendapatkan kau..
Dialah
AR RAHIMMU..
Wahai
hati yang hitam,
Kaulah
penentu untuk diri ini menerima neraka atau jannah ALLAH..
Sedarlah
wahai hati yang hitam..
Kau
takkan layak untuk jannah ALLAH,
Kau
juga tidak mampu menanggung azab ALLAH..
Sedarlah
wahai hati yang hitam..
Sedarlah..
# Pesanan kepada diri yang punyai hati..
No comments:
Post a Comment