Sunday 8 March 2015

~love~

Bismillahirrahmanirrahim...






















"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." [Al-Imran:190]

"iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka." [Al-Imran : 191]


~watak aku dan dia~

Bismillahirrahmanirrahim...

ada watak aku. ada watak dia. 

watak dia yang lebih baik. lebih hebat. 
dia yang lebih dari segala segi. 
yang pasti disayangi lebih dari watak aku. 
lebih dari watak aku. 

watak aku yang bezanya total. 
yang mula penat dengan kerenah sendiri. 
yang letih menangis. 
yang setiap hari mencari sudut pandang berbeza dengan harapan hanya untuk tersenyum. 

persamaan : keduanya pencari Rabbi
perbezaan : watak dia sungguh maju berlari di hadapan
dan watak aku masih tertiarap  terlentang tiap kali jatuh cuba bangun di belakang. 

tapi watak aku tahu, walau hancur mana watak aku di hadapanNya
Allah akan tetap memandang dengan sepenuh kasih sayang.
takkan disisihkan aku dariNya. takkan pernah walau sekali. 

semoga watak aku lebih keras dan istiqamah untuk menjadi sebenar hambaNya.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...