Friday, 30 November 2012

~ya Rasulullah~


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Muqolibal qulub thabit qulubana 'ala dinik wa 'ala tho'atik.

Jika tanya pada diri ini,
Apakah bukti engkau mencintai Rasul-Nya?
Diri ini hanya tergamam dan tidak terkata apa.
Kerana belum layak diri ini untuk dilebelkan sebagai pecinta Baginda.
Tetapi, Demi Allah hati dan diri ini terlalu Cinta,
Kasih dan Rindau padanya.

Ya Rasulullah 
Bagaimana diri ini ingin ku lebelkan sebagai pecintamu.
Sedang masih belum cukup usaha da'wahku.
Berbanding para sahabatmu.

Ya Rasulullah
Abu Bakar r.a sentiasa membenarkanmu,
Ketika yang lain mencemuhmu.
Umar Al-Khattab r.a Berani bertaruh nyawa,
Ketika semua mengancammu.
Siti Khodijah r.ha Bergadai harta, nyawa dan segalanya
keranamu menjalankan usaha da'wahmu.
Sahabat yang lain semuanya pahlawan yang hebat disisimu.
Sedangkan diri ini hanya mampu menceritakan kehebatanmu. :')
Layakkan diri ini
Untukku Mengaku mencintaimu,
Dengan setakat usaha begitu?

Ya Rasulullah
Andai salah seorang sahabatmu hidup pada zamanku,
Dengan cinta mereka kepadamu,
Mestilah tidak siapa dapat menandingi hebatnya semangat sahabatmu.
Diri ini sangat malu jika bertemu denganmu.
Tetapi hati ini sangat merinduimu :')
Ku pilih sunnah dan jalan da'wah untuk buktikan cintaku padamu.
Salamun 'alaik Ya Rasulullah. :')

Moga Allah beri kekuatan dan semangat kepada semua.
Untuk memilih sunnah dan jalan da'wah.
Bagi membuktikan cinta kita kepada Rasulullah saw.
Amin Ya Robbal 'Alamin.
Wallahu'alam.

Barakallahufikum..
SaLing berpesan: Jangan tunggu Esok untuk berbuat kebaikan. BoLeh jadi Esok datang, tetapi diri kita teLah 'pergi'.. [DR. Yusuf Al-Qaradhawi]



#ya Rasulullah, aku rindu padamu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...