Friday, 23 November 2012

~4 golongan lelaki ke neraka~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat ISLAM dan IMAN hari ni..masih lagi diberi peluang untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat2...jom kite renung2 kan info kat bawah ni..moga bermanfaat dan kite ambil pengajaran..4 golongan lelaki ke neraka disebabkan oleh tarikan perempuan2...Astaghfirullah...

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat.. Mengaji dan sebagainya.. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan di tarik oleh anaknya ke neraka..( aku syg abah aku..aku tak nak susahkan die di dunia apatah lagi di akhirat )

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.. Bergaul bebas di pejabat.. Memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.. Apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (menjaga solat,puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka..( errkk,,saat ni masih belum ade suami..sebagai peringatan )

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada.. Tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat..(mm,aku ade 2 org abang..juge tak nak susahkan die di akhirat )

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam.. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya..(InsyaAllah,aku akan didik anak2 aku dengan acuan ISLAM YANG SEBENAR, YANG BETUL )

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... Maka kaum lelaki yang bergelar seorang ayah / suami / abang atau anak wajib memainkan peranan mereka yang sebenar..

Firman Allah S.W.T yg bermaksud : 
"Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik),maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.” ( Surah Al-Ahzab ayat 59 )

Firman Allah S.W.T yg bermaksud : 

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yg haram),dan memelihara kehormatan mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..” (Surah An-Nur ayat 31)

Semoga Kita Semua Tergolong Dari Ahli Syurga Yang Memasukinya Tanpa Hisab...






#mcm mne??jom sama2 kite ubah diri kite...jom berubah jadi lebih baik...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...