Friday, 30 November 2012

~ya Rasulullah~


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Muqolibal qulub thabit qulubana 'ala dinik wa 'ala tho'atik.

Jika tanya pada diri ini,
Apakah bukti engkau mencintai Rasul-Nya?
Diri ini hanya tergamam dan tidak terkata apa.
Kerana belum layak diri ini untuk dilebelkan sebagai pecinta Baginda.
Tetapi, Demi Allah hati dan diri ini terlalu Cinta,
Kasih dan Rindau padanya.

Ya Rasulullah 
Bagaimana diri ini ingin ku lebelkan sebagai pecintamu.
Sedang masih belum cukup usaha da'wahku.
Berbanding para sahabatmu.

Ya Rasulullah
Abu Bakar r.a sentiasa membenarkanmu,
Ketika yang lain mencemuhmu.
Umar Al-Khattab r.a Berani bertaruh nyawa,
Ketika semua mengancammu.
Siti Khodijah r.ha Bergadai harta, nyawa dan segalanya
keranamu menjalankan usaha da'wahmu.
Sahabat yang lain semuanya pahlawan yang hebat disisimu.
Sedangkan diri ini hanya mampu menceritakan kehebatanmu. :')
Layakkan diri ini
Untukku Mengaku mencintaimu,
Dengan setakat usaha begitu?

Ya Rasulullah
Andai salah seorang sahabatmu hidup pada zamanku,
Dengan cinta mereka kepadamu,
Mestilah tidak siapa dapat menandingi hebatnya semangat sahabatmu.
Diri ini sangat malu jika bertemu denganmu.
Tetapi hati ini sangat merinduimu :')
Ku pilih sunnah dan jalan da'wah untuk buktikan cintaku padamu.
Salamun 'alaik Ya Rasulullah. :')

Moga Allah beri kekuatan dan semangat kepada semua.
Untuk memilih sunnah dan jalan da'wah.
Bagi membuktikan cinta kita kepada Rasulullah saw.
Amin Ya Robbal 'Alamin.
Wallahu'alam.

Barakallahufikum..
SaLing berpesan: Jangan tunggu Esok untuk berbuat kebaikan. BoLeh jadi Esok datang, tetapi diri kita teLah 'pergi'.. [DR. Yusuf Al-Qaradhawi]



#ya Rasulullah, aku rindu padamu....

Wednesday, 28 November 2012

~cara sujud sahwi~


Bismillahirrahmanirrahim...

Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud akhir dan Sholawat, tepatnya sebelum mengucapkan salam. Kata-kata sujud sahwi artinya "Sujud Lupa". Tetapi Sujud sahwi dilakukan bukan saja disebabkan lupa, juga disebabkan meninggalkan SUNNAH AB'ADH (Sunnah yang sangat ditekankan dalam sholat, seperti Tasyahud Awal dan Qunut dalam sholat Subuh) saja dengan sengaja pun tetap disunnahkan melakukan Sujud sahwi.

            Di antara sebab-sebab disunnahkannya Sujud sahwi, sebagaimana dikatakan Syaikh Ibnu Ruslan dalam kitab Zubad, adalah,
"Sebab-sebab Sujud sahwi yang disunnahkan untuk dilakukan tepat sebelum salam adalah karena melalaikan sesuatu yang bila dilakukan secara sengaja dapat membatalkan shalat. Juga karena meninggalkan sunnah ab'adh dengan sengaja atau karena lupa. Dan tidak disunnahkan melakukan Sujud sahwi karena meninggalkan Sunnah HAI'AT (seperti mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, misalnya)."

            Hadits yang berkenaan dengan Sujud sahwi di antaranya yang diriwayatkan  Abu Sa'id Al-Khudri, ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang di antara kalian ragu di dalam sholatnya sehingga ia tak tahu lagi apakah ia sudah melakukan shalat sebanyak tiga rakaat atau empat rakaat, hendaklah dibuangnya keraguan itu dan yang ia yakini, kemudian hendaknya ia sujud sebanyak dua kali sebelum melakukan salam. Sekiranya ia telah melakukan shalat 5 Rakaat, berarti shalatnya telah digenapkan dengan Sujud sahwinya itu. Dan sekiranya ia shalat tepat empat rakaat, dua sujud itu menghinakan bagi Setan." (HR. Ahmad dan Muslim).

            Diriwayatkan pula dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya setan itu masuk di antara anakAdam dan Nafsunya, sehingga ia tidak tahu sudah berapa rakaat ia melakukan shalat. Maka bila seorang di antara kalian mengalami hal demikian, hendaklah ia sujud dua kali sebelum memberi salam." (HR. Abu Ahmad dan Ibnu Majah).

            Adapun bacaan Sujud sahwi ialah: 
سُبْحَانَ مَنْ لَايَنَامُ وَلَا يَسْهُو

sumber :

~GEMPAQ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, selesai sudah program kem GEMPAQ ( Generasi Pemuda Al-Quran ) anjuran BADAR UTeM..tahniah diucapkan kepada semua penggerak kali ini...memang gempak la...(^-^)..tahniah gak kepada peserta2 yang menjayakan lagi kem ni..semoga beroleh manfaat dan ilmu daripada kem ni..tahniah2..

Aku nak share sesuatu kat sini...siyes, slame kem tu berjalan, awal2 je aku dapat mengutip mutiara ilmu daripada ustaz..huhu..sedih sgt..tu pun, 1 kuliah je..ke mana aku menghilang ?? heheh...x de la...sbenarnya aku lebih lagi belajar..w/pun x dapat dgr semua kuliah, tapi aku belajar sesuatu..sesuatu yang xde dalam kelas mahupun di rumah..belajar how to manage something smoothly...belajar mcm mne nak berurusan dengan orang..memang menguji kesabaran..w/pun rase nak marah, tetap kne maniskan muka...peserta tu semua mad'u kite...dengan niat ikhlas kerana Allah, semua tu berjalan lancar...memang la, sesuatu program tu ade kekurangan nye..tp, kite kene belajar dari kesilapan supaya banana not fruit 2 times..heheh...pelajaran itu sungguh bermakna..ye la,,for the 1st time, kiteorang conduct program...takut kot...

Penat memang la penat...sape yang cakap x penat, memang nak kene r..haha...kepenatan itu berlalu bagai air sungai...terhibur dengan gelagat peserta dan ajk..hati aku gak terubat dengan kehadiran naqibah tersayang...mekasih kak atas 'NIPS' yang diberi...tenang hati dapat bercerita dengan akak naqibah...

Ape2 pun, gud luck n all da best utk penggerak...perjuangan ini belum lagi berakhir...keep it up!!!



#pengalaman mengajar erti hidup....

~hati muslimah itu~


Bismillahirrahmanirrahim...

Ketika hati seorang muslimah terluka ia akn m'hapuskan air mata dgn iman, 
ketika hati seorang muslimah terluka ia akn m'guatkan hatinya dgn ilmu,
ketika hati seorang muslimah terluka ia menari dlm doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya,

ketika hati seorang muslimah terluka wajah kusut nya tetap indah bg dunia,
ketika hati seorang muslimah terluka bibir merahnya m'yimpulkan senyuman utk hidupnya,

ketika hati seorang muslimah terluka matanya basah oleh lembutnya hatinya,
ketika hati seorang muslimah terluka dunia terasa akn berlanjut & ia harus tegar,
ketika hati seorang muslimah terluka jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pd hati kecilnya,

ketika hati seorang muslimah terluka jari jemari bergerak utk tetap menolong org lain tnp beban dihatinya,
ketika hati seorng muslimah terluka kepercayaan dirinya x pernah pudar,
ketika hati seorang muslimah terluka akal & hati hadir utk menantikan kesedaran,
ketika hati seorang muslimah terluka ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH..



P/s:tabahkan hatimu duhai muslimah disaat dirimu terluka.anggap lah ujian ini sbgai ANUGERAH TERINDAH dr Nya.kerana Dia ingin sentiasa dekat dgn dirimu.insyaallah, allah s.w.t sentiasa bersamamu......amin.

#kelemahan itu adalah kekuatan...

~mencintai seorang insan~


Bismillahirrahmanirrahim...

Tatkala kesepian mengunjungi mindaku
Lantas diriku teringatkan dirimu
Maafkanku kerana tak terdaya melawan
Kerana engkau soleh idaman

Aku tahu sempadan agama mulia
Dan dengan ikhlas aku redha dengannya
Ku tahu cinta agung hanya buat-Nya
Namun fitrah insaniku tetap membara

Kau insan soleh yang berakhlak mulia
Ku terpikat pada keluhuran budimu
Selagi udara yang ku hembus mengalir di bumi nyata
Ku harapkan teman sepertimu
Agar fitrah insaniku terjaga dalam redha-Nya
Kini kita di haluan berbeza yang masih panjang
Ku harapkan haluan ini akan bertemu dan menemukan kita
Kecapilah apa jua cita- citamu dengan izin-Nya
Dan impian yang ku impikan bersamamu
Akan ku hanyutkan dalam sungai takdir-Nya
Hanya dengan itu jawapan hakiki akan terpancar
Moga- moga kaulah peneman hidupku
Akan ku bantumu dalam perjuagan ini...
Dengan izin Allah..
Moga bertemu dalam rahmat-Nya..



#inspired from someone..

Friday, 23 November 2012

~cara berurusan dgn lelaki ajnabi~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...


Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Tips2 ni telah dikongsi oleh seorang sahabat yg amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama2 lah kita menjaga hati.

1. Elakkan berurusan dgn lelaki - Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki - gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate - Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah Al-Ahzab ayat 32:
" Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik "

Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya.

Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?


3. Tundukkan hati - Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."

4. Tundukkan pandangan - Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu applicable
kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja.

Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn pandangan mata.

Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53;

" ....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.. "

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan urusan - Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.

semoga berjaya bersaha menjadi muslimah solehah :)
sumber : halaqah






#kadang2 ade je yg terlepas pandang..tp masih belum terlambat untuk kite ubah..info yg berguna..

~4 golongan lelaki ke neraka~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat ISLAM dan IMAN hari ni..masih lagi diberi peluang untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat2...jom kite renung2 kan info kat bawah ni..moga bermanfaat dan kite ambil pengajaran..4 golongan lelaki ke neraka disebabkan oleh tarikan perempuan2...Astaghfirullah...

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat.. Mengaji dan sebagainya.. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan di tarik oleh anaknya ke neraka..( aku syg abah aku..aku tak nak susahkan die di dunia apatah lagi di akhirat )

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.. Bergaul bebas di pejabat.. Memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.. Apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (menjaga solat,puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka..( errkk,,saat ni masih belum ade suami..sebagai peringatan )

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada.. Tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat..(mm,aku ade 2 org abang..juge tak nak susahkan die di akhirat )

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam.. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya..(InsyaAllah,aku akan didik anak2 aku dengan acuan ISLAM YANG SEBENAR, YANG BETUL )

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... Maka kaum lelaki yang bergelar seorang ayah / suami / abang atau anak wajib memainkan peranan mereka yang sebenar..

Firman Allah S.W.T yg bermaksud : 
"Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik),maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.” ( Surah Al-Ahzab ayat 59 )

Firman Allah S.W.T yg bermaksud : 

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yg haram),dan memelihara kehormatan mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..” (Surah An-Nur ayat 31)

Semoga Kita Semua Tergolong Dari Ahli Syurga Yang Memasukinya Tanpa Hisab...






#mcm mne??jom sama2 kite ubah diri kite...jom berubah jadi lebih baik...

Thursday, 22 November 2012

~free Palestine~







Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hingga saat ini masih lagi dipinjamkan nyawa untuk meneruskan hidup...dalam kite duk 'syok' hidup ni, jgn lupe doa kite untuk saudara2 Islam kite di Gaza, Palestin, Rohingya, Syria, dan seluruh umat Islam di dunia..bersyukurlah kite dengan nikmat ISLAM dan IMAN yang masih lagi kite rasai..Alhamdulillah..

mm,,semalam dpt pemberian daripada seseorang..akak senior..(^-^)...dpt baju FREE PALESTINE dan BADGE..ALLAH...terharu sgt3 rase nye...tak tau nak cakap ape dah..ingatkan akak tu datang sebab nak tanye pasal program GEMPAQ...aish...tak sangka betul...syukran jiddan ya sahabat...bile pakai baju tu, automatik aku rase nak bagi tau satu dunia 'FREE PALESTINE...SAVE GAZA PLEASE...'...

muhasabah balik diri kite, setakat ni, adekah kite sudah berusaha untuk menyelamatkan saudara seIslam kite??usahalah walaupun sedikit..sesungguhnya usaha yang sedikit itu akan dinilai di sisi ALLAH S.W.T...ayuh sahabat..



#hargai pemberian orang lain...moga ALLAH menjaga dirimu selalu...

Saturday, 17 November 2012

~dpt hadiah~



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

yeay!!!
hari ni dapat hadiah yang istimewa dari sahabat yang istimewa...
best ooo.....
terima kasih ya sahabat...
Rabiah Binti Ahmad...
(^-^)

akan ku manfaatkan buku ini dengan sepenuhnya...
If Allah Wills...

nak ambil tulisan dalam buku ni..
"jati diri wanita muslimah : sifat, karakter dan keperibadian seorang mslimah yang solehah secara utuh, sebagaimana yang diajarkan oleh Islam dalam Al-Qurran dan As-Sunnah. Tidak hanya solehah kepada Rabb-Nya, akan tetapi juga solehah di tengah2 keluarganya, rumah tangganya dan masyarakatnya."

#best gak main tukar2 hadiah ni...berlapang dada lah terima hadiah sahabat2 yang lain ye...
Posted by Picasa

~awal Muharam dunia~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Bumi itu berdarah lagi..
Allah...
Di saat kite bersyukur dan gembira kerana masih lagi dipanjangkan umur pada tahun ini, namun, mereka menyambut nye dengan curahan peluru, bedilan, bom, pertumpahan darah, pembunuhan, kezaliman..

Luluh hati ini melihatnye..
Walaupun aku tidak merasai dan mengalami situasi itu, perasaaan ini sungguh sedih...hiba...
Terdetik di fikiran..bilakah semua ini akan berakhir??
Mereka dahagakan keamanan..kedamaian...
Tapi kite di sini ??
Langsung tidak menghargai...tidak besyukur...
Hanya tahu meminta, meminta dan terus meminta...
Tidak kah terfikir bilakah kite ingin memberi ??

Berilah kepada mereka...
Setakat yang termampu..
Wang ringgit, harta kekayaan, derma, sumbangan...dan yang paling penting sekali DOA kite kepada saudara kite di sana...
Jangan k0 ingat, k0 je yang ade kat dunia ni...
Jangan lupe saudara kite di Palestin, Syria, Rohingya, dan di mana2 sahaja umat ISLAM...
Memang mereka jauh dari kite...memang..
Tapi dekat di hati..
Kerana apa ??
Kerana mereka saudara ISLAM kite..
Bantulah mereka...bantulah...walaupun dengan secebis doa...

Jom sama2 kite usaha untuk baca, hafal dan amal Qunut Nazilah demi kemenagan ISLAM..

"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa..
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"





#silence is betrayal...ingat, kite akan disoal di akhirat kelak ape usaha kite untuk memenangkan ISLAM...ALLAHUAKBAR!!!




Saturday, 10 November 2012

~aku ok,kawan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

"tula.klu kite ad komitmen at bnde len..kte kne arrnge mse btl2. stdy tu pnting.. oke ehhe"


Allah...terima msg dari classmate..betapa amek berat nye die kt kawan die ni..die merasakan perbezaan diriku sejak akhir2 ni...touching nye rase...tak tau macam mane nak describe perasaan ini bile terima msg and nasihat dr die...kawan, aku harap ikatan persahabatn ini kekal hingga ke syurga...aku bukan nye setakat nak jd kawan study k0..tp nk jd kawan yg sentiasa ade di saat susah dan senang...susah dan senang kite bersama...bukan setakat nak kawan kat dunia je, tp aku nak kawan sampai ke syurga...



"aini oke x?
ad prblm?"


terpaku sekejap bile die tanye mcm tu...terima kasih kawan...



syg korang sume..
moga korang sume sentiasa dlm lindungan Allah...
.: sahabat yg baik akan pasti akan dapat menerima kekurangan kamu dengan seadanya dan dia berkawan dengan kamu ikhlas dan baik...:.




#kerja dakwah ni bukan senang..dakwah no1 tp study bukan no2,3,4,5 etc..dakwah dan study no1..

~alone~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Anybody here??
no....huhuhu....knp alone??sbb housemate  aku sume dah balik KAMPUNG!!!yup,tinggal aku sorang je kat umah ni..sob3..(-_-)..hanya ditemani laptop,handphone and sedikit makanan..Alhamdulillah..

knp sume balik KAMPUNG??sbb sekarang dah stat cuti mid-sem utk sem-3 ni..yeaahhh!!!tp xkisah pn duk sorang dlm umah ni..sbb aku tahu ALLAH ade bersamaku..so sweeettt..ALLAHU...ALLAH MAHA BESAR..ALLAH MAHA AGUNG..MAHA SUCI ALLAH..

sebenarnye, orang nampak je kite duk sorang2..tp, buat yg memahami dan merasakan kehadiran ALLAH di sisi, InsyaAllah, tiada ape2..so calm...biler duk sorang2 ni, mcm2 lak pikir nye..hrrmm..lupekan sekejap..cuti mid-sem ni, 1minggu je..tp aku rase mcm tak cuti je..knp lak??...sbb...ngn esement nye, projek nye, proposal nye, presentation nye, test lg, ade program lg..ap lg ea..setakat ni mcm tu la jadual nye..kne susun jadual betul2 ye nuraini..manfaatkan mase yg ade..(sempat lg berblogging)..heheh..

Firman Allah S.W.T...

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [ Al-Asr : 1-3 ]





#mood : tunggu akak dr penang.InsyaAllah, amek aku kt melaka dan teruskan perjalanan blk johor..moga selamat sampai...

Friday, 9 November 2012

~testing2~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum.....

Dah lame stop berblogging..now,i come with a new blog..hope we can share knowledge kat sini..sharing is caring..(^^)..saje nk testing..peace no war...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...