Sunday 13 January 2013

~kereta api dan islam~

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernah naik kereta api?? mesti pernah kan?? kereta api zaman sekarang dah canggih...ye la, zaman teknologi la katakan...cuba kenang2 kan kembali kereta api zaman dahulu kala..yang gunakan arang tu untuk menghidupkan dan menggerakkan kereta api tersebut..boleh bayangkan??


nah,amek..gambar kereta api zaman dolu2..kredit to google image..

Jadi, seperti tajuk di atas, apa kaitannya kereta api ni dengan Islam?? siapa boleh teka??

Secara analoginya, kereta api ini diibaratkan seperti Islam..mengapakah??

Sebab dalam kereta api ni ada 3 golongan penumpang...
1. Penumpang yang tolong masukkan arang untuk menghidupkan dan menggerakkan kereta api tersebut.
2. Penumpang yang hanya masuk dan duduk sahaja dalam kereta api tersebut.
3. Penumpang yang turun apabila kereta api itu berhenti.

Apakah maksud semua ini??

Sebagai umat Islam, yang cintakan Islam, yang ingin menegakkan agama Islam, seharusnya kita menjadi seperti penumpang yang golongan pertama. Maksudnya di sini, kita membantu untuk menegakkan agama Islam itu sendiri. Kita korbankan harta, jiwa, masa, tenaga dan nyawa kita demi Islam.Barulah Islam akan tertegak dengan megahnya. Bukannya menjadi seperti penumpang golongan kedua yang hanya duduk sahaja tanpa berbuat apa2. Zaman sekarang ramai umat manusia yang berada di golongan kedua ini. Kata sayang Islam?? Takkan nak goyang kaki sahaja saat saudara seaqidah dengan kita sedang ditindas, dizalimi?? Golongan terakhir sekali iaitu golongan yang turun apabila berhenti. Astaghfirullah...Kita mohon perlindungan daripada Allah, terhindarnya kita daripada golongan yang ketiga ini. Saat Islam ditindas, kita lari..saat Islam itu megah kita bersamanya..itulah golongan penumpang yang ketiga...Memang Islam tidak perlukan kita, tapi kita yang memerlukan Islam..cuba kita fikir2kan..

#di manakah kita?? 1?? 2?? 3??

2 comments:

  1. Allahu Robbi...kena usaha jadi golongan yg pertama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl3..insyaAllah...Allah menilai setiap usaha kita w/pun sedikit...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...