Tuesday, 8 January 2013

~6 pesanan Imam Al-Ghazali~

Bismillahirrahmanirrahim...

Sesi takzirah selepas solat maghrib hari tu, sahabatku telah mengingatkan aku dan sahabat2 yang lain tentang 6 pesanan Imam Al-Ghazali...kite selalu dengar, selalu terdengar, selalu baca...tapi, apa iktibar yang kite dapat ambil dari 6 pesanan tersebut?? just dengar?? just baca?? tanpa memikirkan secara mendalam?? jom recheck balik diri kite...di mana tahap iman kite?? untuk mengukuhkan lagi ingatanku dan sahabat2, aku nak share kat sini ape 6 pesanan Imam Al-Ghazali...korang mesti dah tau...tak kire,,aku nak tulis gak...(^^)


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya : 


1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?


    Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan    kerabatnya. 

    Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi apa yang paling dekat dengan kita adalah                               
    MATI. Firman Allah S.W.T. 

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”(Surah Ali Imran 185)


2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?


     Murid-muridnya menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang2.

     Imam Ghazali menjelaskan bahawa jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling jauh 
    dari kita adalah MASA LALU. Bagaimana sekalipun keadaan kita, macam mana kita, tetap tidak akan
    kembali pada masa lalu.

3. Apa yang paling besar di dunia ini?


    Murid-muridnya menjawab gunung, bumi dan matahari.

    Tapi yang paling besar dalam dunia ini adalah NAFSU. Berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu 
    membawa kita ke neraka.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)


4. Apa yang paling berat di dunia ini?


    Murid-muridnya menjawab batu, besi dan gajah.

    Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu hampir benar. Tapi yang paling berat adalah 
    MEMEGANG AMANAH
   Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta    
   mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
   menyanggupi  permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak 
   bisa memegang amanahnya.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )


5. Apa yang paling ringan di dunia ini?


    Murid-muridnya menjawab kapas, angin, debu dan daun2.

    Semua itu benar tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENIGGALKAN SOLAT. Gara-gara kerja 
    banyak, assignment banyak, meeting banyak, kita dengan mudahnya meninggalkan solat.

6. Apakah yang paling tajam di dunia ini?


    Murid-muridnya menjawab pedang. 

    Tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. Melalui lidah manusia    senang sekali menyakiti hati, 
    melukai perasaan saudaranya sendiri.


Haaa..macam mana?? fikir2kan kembali...fikir dan dalami dengan mata hati...moga bermanfaat..




#siapa yang makan KFC, die yang terasa sedapnye..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...