Friday, 25 January 2013

~ingatan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Buatlah yang terbaik
Kepimpinan merupakan satu taklif (amanah) bukan satu tasyrif (kemegahan)

Sungguh teguh keyakinan ini bahawa Allah janjikan syurga di hujung jalan kita
Jangan pernah berputus asa atau gugur di jalan dakwah ini

Sahabat kesayanganku
Srikandi pejuang agama
Tegarkan hatimu menghadapi samudera dugaan yang menggila
Tetaplah berdiri meskipun taufan menerbangkan segenap milik yang kau ada
Kita masih punya Allah
PandanganNya tidak pernah lalai
CintaNya sentiasa damai

Ingatlah
Kerana Islam kita terbela
Kerana Islam kita terjaga
dan
Kerana Islam kita ke syurga

#terima kasih sahabat...

Thursday, 24 January 2013

~cinta bermusim~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam...Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...segala puji-pujian hanya untukMu Ya Allah...tiada sekutu bagiMu...selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. , seluruh keluarga baginda dan para sahabat...

12 Rabiulawwal 1434 Hijrah...ulang tahun kelahiran Nabi kita yang tercinta..Nabi Muhammad S.A.W...sekarang ni majoriti hamba Allah sedang mengingatkan kita dengan kelahiran insan teragung ini..post dekat facebook, twitter, blog, dan bermacam2 lagi la..Alhamdulillah..ye la, sekurang2 nya, mereka masih ada kesedaran..

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah tentang cinta bermusim...cinta bermusim? musim apa? winter? summer? ish, takde la...sebenarnya, cinta bermusim kita kepada kekasih Allah...Astaghfirullah..muhasabah diri balik...kebanyakan daripada kita hanya mengingati Nabi masa Maulidur Rasul ni je..sedih la macam ni...kalau boleh, kita ingat Nabi selalu...tak semestinya waktu ulang tahun kelahiran baginda je...

Sebut pasal mengingati Nabi, sejauh manakah kita menghayati dan mendalami sirah perjuangan Nabi...sejauh manakah kita mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian kita..sejauh manakah kita?? aku malu sendiri...Nabi dulu bertungkus lumus berperang untuk memenangkan Islam..Nabi tidak pernah putus asa berdakwah, memberi kefahaman kepada masyarakat jahiliyyah...dibenci, dicemuh, dicaci, dikeji, dilemparkan fitnah...dan bermacam2 lagi tohmahan keji yang insan teragung ini terima demi menyampaikan ajaran Islam..tidak pernah Nabi mengeluh...dibalasnya dengan senyuman, tenang...Allah..hebatnya insan ini...

Di saat kewafatan baginda, bibir masih lagi menyebut "ummati...ummati...ummati..."...baginda ingat kepada umatnya sehingga saat menjelang kematian..kita?? tolong malu banyak ye nuraini....betapa sayang nye Nabi kepada umatnya...kita??

Cakap nak dapat syafaat Nabi di akhirat nanti, tapi selawat malas... orang suruh amalkan sunnah Nabi tak nak..itu ke bukti kita sayang Nabi?? muhasabah diri lagi...bagaimana aku nak membuktikan cintaku padamu, sedangkan diri masih tidak mengamalkan sunnah mu...bagaimana aku nak cakap yang aku cinta dan rindu padamu, sedangkan diri masih tidak menghayati dan mendalami sirahmu...maafkan aku...





#salam maulidur rasul...spread the love...

Tuesday, 22 January 2013

~home~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan umur pada hari ini...dan masih lagi berada dalam nikmat Islam dan Iman...Allah, betapa bersyukur nya diri ini dengan nikmat yang Kau berikan..jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Mu ya Allah...

Alhamdulillah, masa yang ditunggu telah pun tiba..home sweet home...rumah ku syurga ku...sudah berada di rumah...tenang hati apabila dapt melihat family dengan mata kepala sendiri..moga masa yang sekejap ini, dapat dimanfaatkan dengan sebaik2 nya..luang masa bersama family...jarang2 sekali dapat peluang ini..bila dah dapat, jangan la abaikan pula..menyesal nanti...ye la, mana la kita tau, bila lagi kita dapat jumpa dengan family..buat yang terbaik selagi mereka masih ada..

Di samping tu, jangan lupa amanah kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ni...jalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah...cuti, bukan bermaksud dakwah kita pun cuti...family kita pun, mad'u kita..jiran2 kat sebelah rumah..sedara mara jangan lupa..teruskan usahamu...

Siapkan diri dengan ilmu...bila buka semester depan, banyak lagi yang menanti..amanahmu...jalankan sebaik mungkin...amanah itu bukan bebanan, tapi ia adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...

Selamat bercuti...





#tiada kena mengena gambar dengan entry di atas..(^^)

Sunday, 13 January 2013

~kereta api dan islam~

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernah naik kereta api?? mesti pernah kan?? kereta api zaman sekarang dah canggih...ye la, zaman teknologi la katakan...cuba kenang2 kan kembali kereta api zaman dahulu kala..yang gunakan arang tu untuk menghidupkan dan menggerakkan kereta api tersebut..boleh bayangkan??


nah,amek..gambar kereta api zaman dolu2..kredit to google image..

Jadi, seperti tajuk di atas, apa kaitannya kereta api ni dengan Islam?? siapa boleh teka??

Secara analoginya, kereta api ini diibaratkan seperti Islam..mengapakah??

Sebab dalam kereta api ni ada 3 golongan penumpang...
1. Penumpang yang tolong masukkan arang untuk menghidupkan dan menggerakkan kereta api tersebut.
2. Penumpang yang hanya masuk dan duduk sahaja dalam kereta api tersebut.
3. Penumpang yang turun apabila kereta api itu berhenti.

Apakah maksud semua ini??

Sebagai umat Islam, yang cintakan Islam, yang ingin menegakkan agama Islam, seharusnya kita menjadi seperti penumpang yang golongan pertama. Maksudnya di sini, kita membantu untuk menegakkan agama Islam itu sendiri. Kita korbankan harta, jiwa, masa, tenaga dan nyawa kita demi Islam.Barulah Islam akan tertegak dengan megahnya. Bukannya menjadi seperti penumpang golongan kedua yang hanya duduk sahaja tanpa berbuat apa2. Zaman sekarang ramai umat manusia yang berada di golongan kedua ini. Kata sayang Islam?? Takkan nak goyang kaki sahaja saat saudara seaqidah dengan kita sedang ditindas, dizalimi?? Golongan terakhir sekali iaitu golongan yang turun apabila berhenti. Astaghfirullah...Kita mohon perlindungan daripada Allah, terhindarnya kita daripada golongan yang ketiga ini. Saat Islam ditindas, kita lari..saat Islam itu megah kita bersamanya..itulah golongan penumpang yang ketiga...Memang Islam tidak perlukan kita, tapi kita yang memerlukan Islam..cuba kita fikir2kan..

#di manakah kita?? 1?? 2?? 3??

Saturday, 12 January 2013

~happy holiday~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...selesai sudah pembelajaran duniawi untuk semester 3 ni kat UTeM ni...insyaAllah jumpa lagi pada semester hadapan...semester 4...pantasnya masa berlalu. pejam celik, pejam celik dah habis semester 3...rasa macam baru masuk UTeM..haha

Manis, masam, masin, tawar, pahit, takde rase pape...semuanya ade...rasenye setiap semester akan rasa benda ni..takkan lari punye la..dah memang kehidupan sebegini..Allah dah rancang yang terbaik untuk hamba2 Nya...kita juga merancang, Allah jua merancang, tapi perancangan Allah lagi sweet..

Dan bagi aku, semester ni, semakin mencabar..subjek yang semakin mencabar...final exam pun dengan tenangnya jawab..orang lain kelam kabut, stress baca buku, study, faham, hafal...aku?? Alhamdulillah, aku bersyukur...sebab Allah tahu ape yang terbaik..bile tenang, rileks baru aku boleh belajar...harap2 result yang dapat nanti tidak menimbulkan fitnah pada agama..ok..tutup cerita exam..dah berlalu pun tadi..menangis keluar air mata darah sekali pun, tak dapat ubah ape2..sekarang kita tawakkal...ape2 pun keputusan yang keluar lepas ni terima dengan ikhlas...

Cuti sebulan lebih ni, pandai2 la bahagi masa..diri, keluarga, kawan kat kampung yang dah lama tak jumpa, dengan sedara mara dan kaum kerabat..masa ni la nak luangkan masa yang terluang dengan orang2 tersayang...bila dah kelas dah mula, susah ler...especially yang duduk jauh..macam aku ni...(jauh la sangat..johor je pn...) tp, kampung aku jauh..nun jauh di qlate...(bila nak balik ni??) 

Bila kat rumah, jangan la bersenang-lenang pula..mentang2 lah cuti, amal fardhi pun cuti...lawan godaan nafsu  tu nuraini...kena kuat..lagi2 tanpa sahabat di sisi...Allah Maha Melihat...tanggungjawab belum selesai...

#buka buku baru untuk semester hadapan...moga lebih tabah..

Tuesday, 8 January 2013

~6 pesanan Imam Al-Ghazali~

Bismillahirrahmanirrahim...

Sesi takzirah selepas solat maghrib hari tu, sahabatku telah mengingatkan aku dan sahabat2 yang lain tentang 6 pesanan Imam Al-Ghazali...kite selalu dengar, selalu terdengar, selalu baca...tapi, apa iktibar yang kite dapat ambil dari 6 pesanan tersebut?? just dengar?? just baca?? tanpa memikirkan secara mendalam?? jom recheck balik diri kite...di mana tahap iman kite?? untuk mengukuhkan lagi ingatanku dan sahabat2, aku nak share kat sini ape 6 pesanan Imam Al-Ghazali...korang mesti dah tau...tak kire,,aku nak tulis gak...(^^)


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya : 


1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?


    Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan    kerabatnya. 

    Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi apa yang paling dekat dengan kita adalah                               
    MATI. Firman Allah S.W.T. 

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”(Surah Ali Imran 185)


2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?


     Murid-muridnya menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang2.

     Imam Ghazali menjelaskan bahawa jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling jauh 
    dari kita adalah MASA LALU. Bagaimana sekalipun keadaan kita, macam mana kita, tetap tidak akan
    kembali pada masa lalu.

3. Apa yang paling besar di dunia ini?


    Murid-muridnya menjawab gunung, bumi dan matahari.

    Tapi yang paling besar dalam dunia ini adalah NAFSU. Berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu 
    membawa kita ke neraka.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)


4. Apa yang paling berat di dunia ini?


    Murid-muridnya menjawab batu, besi dan gajah.

    Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu hampir benar. Tapi yang paling berat adalah 
    MEMEGANG AMANAH
   Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta    
   mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
   menyanggupi  permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak 
   bisa memegang amanahnya.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )


5. Apa yang paling ringan di dunia ini?


    Murid-muridnya menjawab kapas, angin, debu dan daun2.

    Semua itu benar tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENIGGALKAN SOLAT. Gara-gara kerja 
    banyak, assignment banyak, meeting banyak, kita dengan mudahnya meninggalkan solat.

6. Apakah yang paling tajam di dunia ini?


    Murid-muridnya menjawab pedang. 

    Tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. Melalui lidah manusia    senang sekali menyakiti hati, 
    melukai perasaan saudaranya sendiri.


Haaa..macam mana?? fikir2kan kembali...fikir dan dalami dengan mata hati...moga bermanfaat..




#siapa yang makan KFC, die yang terasa sedapnye..


~sebulan berlalu~

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni 8 Januari 2012...tak perasaan...rupenye dah sebulan bende ni dah berlalu...Mesyuarat Agung Tahunan Badar sesi 2011/2012 (8 Disember 2012)...

dan sudah sebulan juga amanah dipegang...



"jawatan itu bukan satu kebanggaan apatah lagi lambang kemasyhuran.jawatan itu adalah amanah wahai sahabatku sayang.tatkala diri ditaklifan dengan satu amanah,pikullah dan jalankanlh ia dengan sebaiknya.a**** pinjam kate2 murabbi a**** dulu."kita yang terpilih untuk memegang suatu amanah ni bukan bermakna kita adalah yang terbaik,tetapi kita lah orang yang paling mampu untuk menanggung apa yang akan berlaku selepas pemilihan tersebut." di sini nak membuktikan bahawa,a**** adalah dalam kalangan orang2 yang mampu.mampu untunk menanggung segala risiko yang akan berlaku selepas ini.jangan pernah rasa rendah diri sahabatku,sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji seseorang hamba-NYA itu,melainkan dengan kesanggupannya.(albaqarah:286)
CHAIYOK2!!! nuraini ismail BOLEH!!!OHYEAHHH!!   \(^_^)/"

Tahniah dan Takziah...semoga terus thabat dan istiqamah kepada aku dan sahabat2 seperjuangan...




dapat keychain


poster2


#semoga sayap dakwah itu terus melebarkan sayapnya di bumi UTeM....

Thursday, 3 January 2013

~semarak cinta Rasulullah S.A.W.~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaika ya Rasulullah...
Tiada hari yang paling indah
Semerbak harum kasturi mewangi
Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun Gajah
Seluruh alam bersinar cahaya
Lahirnya bayi yang indah amat sempurna
Aminah mendakap penuh kasih sayang
Yatim yang suci anak Abdullah

Assalamualaika ya Rasulullah...
Airmata tiada akan tertahan, pabila ingat pada dirimu
Indah wajahmu Sang Rembulan menjadi kelam
Indah tubuhmu Sang Awan mengikutnya
Indah akhlakmu Sang Matahari redup cahayanya
Indah langkahmu Sang Langit merintih agar dipijak
Indah rambutmu hitam ikal yang rapi
Indah matamu memancar sinar cinta
Berseri mulutmu dengan kalimah Tuhan
Gagah tanganmu menyantun setiap insan
Kuat kakimu mengahayun langkah menyelamat insan

Assalamualaika ya Rasulullah...
Mengalir airmata jernih tanpa tertahan
Lantaran cinta dan rindu tiada terperi
Merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku
Jika kerinduan tiada kau tawarkan
Keindahan syurga tiada mengubat diriku
Jika wajahmu tiada ku pandang

Assalamualaika ya Rasulullah...
Apakah makna keindahan dan kemewahan
Dunia yang ku miliki
Jika kau tiada tersenyum melihatnya
Apakah makna kenikmatan syurga
Jika engkau tiada dapat dipandang
Apa makna setiap nafasku
Jika engkau memalingkan wajahmu

Ya Allah...
Hidipkan cinta dalam jiwa ini 
Pada Rasulullah
Semoga dengan cinta nan suci ini
Membawaku terbang ke Jannatul Firdausi
Penuh kebahagiaan menatap wajahnya
Mendengar kalimahnya "...ENGKAULAH UMATKU..."
Biarpun sedetik sudah memadai
Namun selamanya adalah yang ku impikan

Assalamualaika ya Rasulullah...
Assalamualaika ya Habiballah...






#sajak ni credit to hamba Allah...sbb ade dlm video ya Badrotim..jom selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W....rindu....

Tuesday, 1 January 2013

~final exam fever~

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ni 1 Januari 2013....dan esok 2 Januari 2013...dan seterusnye...ape yang aku nak tekankan kat sini tentang tarikh esok...2 Januari 2013...kenapa?? apakah yang bakal terjadi?? alien nak turun ke bumi?? kawen?? haha...yang tu jauh sekali...sebenarnye..........esok...........hari...........start............FINAL EXAM untuk semester 3 nih..........

Macam tak percaya je...esok dah final....masa mencemburui aku....tapi masih sempat nak study...esok nak exam, tapi study tak habes lagi...study untuk sem ni memang takkan habes...habes study biler dah habes final...maka tutuplah buku...kecuali muka buku...Ok...fine...esok exam...ingat tu nuraini...final exam...usaha usaha dan teruskan usaha...man jadda wajada...cool, tenang, rilek...jangan stress2...

Semoga berjaya kepada sahabat2....kite nak exam ni sebab Allah...jawab sehabis baik..kemudian tawakkal kepada Allah...Ya Allah, hambaMu memohon janganlah kami menjadi fitnah kepada Islam..bantulah kami menjawab soalan peperiksaan..ingatkanlah kami ape2 yang kami lupe...berikanlah kami kefahaman sebagaimana Engkau memberi kefahaman kepada para Nabi...semoga Allah memperkenankan...GOOD LUCK EXAM....ALL DA BEST....YOU CAN DO IT...CHAIYOK3!!!!




#masih sempat berblogging....

~welcome 2013~

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedar tak sedar, kite dah masuk ke tahun yang baru..tahun 2013...bile sebut tahun baru, kebanyakan nye merancang bagaimana nak menyambut tahun baru?? ape yang nak dibuat pada malam tahun baru?? ape yang kite risau, bimbang, rungsing, khuatir, takut ialah perihal remaja menyambut tahun baru..bagi remaja yang faham Islam, pastilah majlis ilmu dan menyebarkan dakwah menjadi pilihan untuk menyambut tahun baru...tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak faham Islam?? yang hanya inginkan keseronokan semata2?? di malaysiaku yang tercinta ni, pada malam tahun baru, majlis ilmu ade, berdakwah, konsert ade...bak kata, ade perkara baik dan ade perkara buruk...just tinggal pilih je nak yang mane..nakkan kebaikan, pegi la majlis ilmu..nakkan keseronokan, keburukan, pegi la konsert yang lagho tuh...pilihan di tangan kite wahai remaja sekalian...tepuk dada tanya iman...


Bile sebut tahun baru juga, kite tak terlepas dengan azam baru...seakan sudah sinonim dengan kite, bile tahun baru, mesti ade azam baru, niat baru, matlamat baru....semuanye ingin baru..bagus la tuh...walaupun ni adalah tahun baru Masihi, namun teruskan pasakkan azam baru di dalam hati...sedih juga bile orang lebih menyambut tahun baru Masihi dan melupakan tahun baru Hijrah...tugas kite la tuh kene bagi kesedaran kepada masyarakat...ok, berbalik kepada citer azam baru tadi...macam2 azam yang ade...contoh nye, nak kawen cepat, nak dapat 4flat, nak motor baru, dan macam2 lagi la..takkan habis dtulis di sini...ape yang bagus nye di sini, aza, baru ni pasti kite nak buat bende2 baik je...kalau ade yang berazam bende2 yang buruk, mohon tukar azam anda...aku pun ade azam yang tersendiri juga...ape azam aku?? hanya aku yang tahu...(^^)


Ape2 pun, walau di mana saje kite berada, jangan lupe Allah dan Rasulullah S.A.W....jangan lupe dakwah kite kepada orang sekeliling...teruskan sebarkan Islam...tak rugi pun...semoga terus thabat dalam perjuangan, sabar dan kuat menempuh mehnah dan tribulasi dalam perjuangan nih...


cuba capai azam itu



#sambut tahun baru dengan usrah pun osem jugak... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...