Thursday, 7 November 2013

~cermin diri ini~

Bismillahirrahmanirrahim....






Hadapkanlah tubuh ini ke cermin seraya bertanya,
Apakah wajah ini akan bercahaya di akhirat nanti???
Atau justeru sebaliknya,
Wajah ini akan hangus terbakar nyala api jahannam???
Tataplah hitamnya mata kita,
Apakah mata ini,
Mata yang layak menatap Allah, menatap Rasulullah???
Menatap para kekasih Allah di syurga kelak???
Atau malah akan terburai kerana maksiat yang pernah dilakukannya..
Bibir kita, 
Apakah ia akan mampu tersenyum gembira di syurga sana???
Sehinnga layak berdampingan dengan pemilik tubuh mulia, Rasulullah???
Atau tubuh ini malah akan membara, menjadi bahan bakar bersama hangusnya batu-batu dalam kerak jahannam???
Bersihnya kulit kita, renungkanlah!!
Apakah kita akan menjadi indah bercahaya??
Ataukah akan hitam legam kerana hangus dijilat lidah api jahannam???
Mudah-mudahan dengan bercermin sambil mentafakkuri diri,
Kita akan lebih mempunyai kekuatan untuk menjaga diri..
Jangan pula meremehkan makhluk ciptaan Allah...
Sebab tidaklah Allah menciptakan makhlukNya dengan sia-sia..
Semua yang bergerak, yang terlihat, yang terdengar, 
Dan apa sahaja kurniaan Allah...
Adalah sarana kalau hati kita ini mampu merabanya dengan penuh kasih dan sayang....

Wednesday, 30 October 2013

~usrah~

Bismillahirrahmanirrahim...

Masih ingat lagi, masa Minggu Haluan Siswa (MHS) kat UTeM.. 3 tahun yang lepas..is it?? How fast...masa first kenal BADAR UTeM... mase tu, tercari-cari booth persatuan BADAR.. ye la, kawan aku cakap, kat UTeM ni ade satu je persatuan Islam..biase la, mase MHS ni, ade satu atau dua hari, pihak universiti bagi chance untuk semua persatuan buka booth dan promote persatuan masing-masing..ok, berbalik ke cerita aku tadi, bile jumpa je booth BADAR, ambik la borang BADAR tu..isi dan hantar..mase tu aku ambil borang tu dengan sorang akak ni..dah grad pun die..baru je..haha...lepas tu, mulalah kehidupan dgn ditemani program-program BADAR...dan sampailah sekarang..dah macam kawan baik...aku dan badar..pui, poyo betol...ikut usrah badar dengan akak-akak..sampai sekarang ade usrah..dan akak naqibah aku pun dah grad..tahniah kak..(cakap kat sini macam la akak tu dengar)..ok..takpe...

Itu masa zaman silam..zaman aku...zaman sekarang pulak...fuhh,,,dasyat betul cabarannye..bile buat usrah, ade adik usrah tanye, "akak, usrah ni sampai bile??"...errkk,,krik3....ade jugak orang yang tanye macam tu..kenapa aku dulu takde tanye kat akak naqibah aku?? ok..aku bagi jawapan kat adik tu, "usrah ni sampai bile-bile"..adik tu soal balik.."kalau akak dah takde??"..aku jawab.."mm, ade la orang yang akan ganti"..ape yang tersirat di sini?? pasal usrah..usrah ade tempoh ke?? Bagi aku, usrah tu takde tempoh..kalau boleh usrah la selama-lamanya..pengisian ni penting..kitekan menuntut ilmu..persi usrah pun salah satu cara kite timba ilmu..so, takde alasan kalau tak pergi usrah kan?? adoyai....

USRAH...singkatan untuk "Untuk Semua Rasa Hebat"...betolkan?? takkan kite nak hebat sorang-sorang..

Ade pulak yang berpandangan usrah ni hanya untuk orang yang baik-baik je..aku tak setuju langsung dengan pernyataan ni..habis tu, orang jahat tak boleh ikut usrah la?? macam mane nanti orang jahat tu nak belajar untuk jadi baik...fikir-fikirkan..

Selalu orang fikir, usrah ni buat kat masjid, dalam bulatan, tadah telinga dengar pengisian..senang citer, orang pikir usrah ni rigid..skema...errkkk...betulkan balik mind set kite..usrah ni, flexible..buat la macam mane sekalipun, asalkan pengisian tu sampai..nak joging ke, kayak ke, hiking ke, makan ke, jalan-jalan ke, shopping ke..dan ape-ape lagi..buat la..selagi tidak melanggar syariat..ok...

Ape-apepun, usrah ni seronok..best..dasyat...dari usrah, terbinanya ukhuwwah itu..dari usrah itu, aku kenal erti perjuangan..dari usrah itu, inilah aku..terima kasih ya Allah...aku terima berada di UTeM..mungkin kalau aku bukan di utem, aku tak dapat semua ni..terima kasih Allah..

Jadi, jom usrah...heheh...





~kejujuran hud-hud dan ketegasan Nabi Sulaiman~



Bismillahirrahmnirrahim...

Tanpa tarbiyyah gerenti rebah..tanpa usrah gerenti lemah...begitulah halnya kite yang bernama manusia..tanpa ada pengisian rohani, jiwa rasa kosong...usrah tadi membincangkan artikel berkaitan kejujuran hud-hud dan ketegasan Nabi Sulaiman...

Kisah hud-hud dan Nabi Sulaiman ini ade dinukilkan di dalam Al-Quran..surah An Naml..boleh tadabbur surah ini..diceritakan bagaimana pada mulanya burung hud-hud tidak hadir ke pertemuan dengan Nabi Sulaiman sehinggakan Nabi Sulaiman marah dan bertekad untuk membunuhnya..Tidak lama kemudian, Hud-Hud datang menghadap Nabi Sulaiman dengan penuh pengaduan, menjelaskan sebab-musabab keterlewatannya di dalam majlis perhimpunan yang diwajibkan oleh Baginda Sulaiman. hud-hud menjelaskan kepada baginda bahawa dia terserempak dengan seorang perempuan yang bernama Balqis.. Balqis merupakan seorang ratu di kerajaan Saba' yang memiliki singgahsana yang besar. Namun, apa yang menyedihkan, ratu Balqis ini tidak tunduk kepada Allah..tetapi menyembah matahari..

Lantas mendengar perkhabaran ini, Nabi Sulaiman mengarahkan menghantar utusan ke kerajaan Saba' untuk menyiasat perkara ini. 

"Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka." (An Naml:28)

Maka, terjadilah bagaimana kisah ratu Balqis dan singgahsananya..kisah jin ifrit yang mengangkat singgahsana ratu Balqis dalam sekelip mata..bagaimana Ratu Balqis masuk ke istana Nabi Sulaiman sehinggakan ratu Balqis mengangkat sedikit kainnya kerana percaya lantai itu adalah air..terjadi dialog antara ratu Balqis dan nabi Sulaiman sehinggalah ratu Balqis mengucap dua kalimah syahadah..

Allah...hebatnya kuasa Allah...daripada kisah Nabi Sulaiman, burung hud-hud, kisah ratu Balqis, banyak pengajaran yang kita dapat..bagaimana kita lihat taatnya burung hud-hud kepada pemimpin, tidak meremehkan perkara yang kecil..memiliki visi dan misi untuk mentauhidkan Allah..di sini kite lihat, burung hud-hud bukannye saje-saje bersiar-siar, tetapi dia ade misi dan visinya yang tersendiri...mungkin ibrah yang paling besar, berdasarkan kisah ini, persoalan yang wajib kite tanye pada diri kite : selama aku hidup, dah berapa orang yang aku Islamkan?? paling tidakpun, tanyelah pada diri, dah berapa kerat usaha yang aku buat untuk tegakkan agama Allah, untuk sebarkan agama Allah??



Mengeluh...dan muhasabah diri kite balik..

Friday, 18 October 2013

~khaulah al azwar~

Bismillahirrahmanirrahim...


Nama Khaulah al-Azwar al-Kindi adalah sinonim dengan sifat keberanian dan kepahlawanan serta ketangkasan menunggang kuda, sehingga namanya tercatat megah dalam sejarah. Khaulah telah dibesarkan dalam sebuah rumah keberanian, kemuliaan serta kewibawaan, mempunyai susuk tubuh tinggi lampai dan tegap. Ayahnya al-Azwar terbunuh ketika mempertahankan Rasul S.A.W. Khaulah juga adalah saudara perempuan kepada Dhirar bin al-Azwar, iaitu antara penunggang kuda yang terkenal dikalangan bangsa arab. Khaulah telah keluar bersama-sama saudaranya dalam satu pasukan tentera muslimin yang menuju untuk menakluki negeri Rom di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid. Khaulah turut berjuang di dalam peperangan itu di samping kaum lelaki.

Dalam satu pertempuran yang sengit, panglima Khalid bin al-Walid telah memerhatikan seorang penunggang kuda yang tinggi, seluruh mukanya bertutup, hanya kelihatan matanya sahaja. Ternyata padanya tanda-tanda ketangkasan yang luar biasa, sedang dia berpakaian serba hitam dan di kepalanya berlilit satu imamah atau serban hijau, yang sisinya berjuntaian
hingga ke dadanya,lalu dililitkan selebihnya ke belakang. Dia seringkali berada di hadapan lelaki, seumpama api yang marak membakar.

Khalid mengkagumi sikap pejuang itu. Maka dia bertanya kepada pejuang-pejuang yang berada disisinya. ''Siapakah si penunggang kuda itu? Demi Allah dia adalah seorang penunggang kuda yang amat berani.''

Beliau terus memerhatikan cara serangannya ke atas tentera Rom, laksana api yang marak, lalu memecah-belahkan pasukan musuh dan memusnahkan penyusunan ketombokan mereka. Sejurus kemudian lembaga itu hilang di tengah-tengah kumpulan pejuang Islam lain dan terus bertempur bermati-matian, kemudian kelihatan kembali semula sedang lembing yang dipegangnya bertitisan darah, entah berapa banyak orang yang sudah menjadi mangsanya. Dia kemudian terus menggempur askar-askar musuh tanpa perasaan takut atau gentar sedikit pun.

Sebenarnya kelakuan pejuang ini telah menarik perhatian kaum muslimin hingga menaikkan semangat serta meneguhkan lagi tekad mereka. Lalu berkata seorang pemuda bernama Rafik bin Umairah, ''pejuang berkuda itu adalah Khalid al-Walid, panglima kita.'' Akan tetapi sangkaan Rafik tidak tepat apabila Khalid muncul secara tiba-tiba. Lalu Rafik
bertanya pada Khalid. ''Siapakah penunggang kuda yang bertarung di hadapanmu tadi, aku sangkakan kaulah penunggang kuda itu.''

Berkata Khalid, ''Demi Allah aku pun dari tadi telah memerhatikan pejuang itu, aku sendiri tidak mengenalinya. Aku kagum dengan keberanian dan ketangkasannya.'' Khalid berkata lagi, ''Wahai kaum muslimin! Satukan semua tentera dan bantulah si pejuang yang mempertahankan agama Allah itu!''

Maka bertempurlah tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al-Walid bersama pejuang berkuda itu, maka semakin bertambahlah semangatnya laksana api yang menjulang. Akhirnya tentera Islam mengecapi kemenangan yang gilang-gemilang. Apabila pejuang berkuda itu kembali ke garisan tentera muslimin, kelihatan keseluruhan tubuhnya bermandikan darah. Lalu Khalid al-Walid terus mengalu-alukannya seraya berkata,
''Semoga Allah memberkati susu yang kamu minum daripada ibumu sebagai pejuang yang mengorbankan diri di jalan Allah dan menunjukkan keberanianmu dihadapan musuh!'' ''Siapakah kau sebenarnya? Bukalah kain penutup mukamu!'' Akan tetepi pejuang itu tetap tegak mendiamkan diri tanpa sepatah kata, maka salah seorang daripada tentera muslimin pun berkata, ''Wahai orang yang dimuliakan! Panglima perang berkata kepadamu, kenapa kamu hanya diam membisu dan memalingkn diri daripadanya? Perkenalkanlah dirimu, agar kamu mendapat penghormatan daripadanya.'' Malangnya pejuang itu masih membisu lalu menepuk-nepuk kuda dan terus meninggalkan Khalid bi al-Walid bersama tentera muslimin. Tindakannya ini telah membuatkan Khalid hilang kesabaran lalu menerpa ke arahnya, seraya menjerit, ''Biadap kau! Kau telah telah mengacau hati orang ramai dan hatiku. Lebih baik kau perkenalkan saja dirimu dan dari mana kamu datang?'

Apabila pejuang itu melihat Khalid al-Walid begitu serius, maka dia pun menjawab dan kedengaran suara seorang wanita. ''Aku tidak akan memalingkan mukaku daripadamu, melainkan kerana terasa malu,'' kata suara lembut itu. ''Wahai panglima! Kau adalah seorang yang mulia dan besar kedudukannya, sedangkan aku seorang wanita yang selalu berlitup.''

Khalid al-Walid kagum dengan penjelasan daripada suara yang lembut itu dan terus bertanya, ''Siapakah kamu dan dari mana kamu datang?''
Suara itu menjawab, ''Aku Khaulah binti al-Azwar. Ketika aku sedang bersama-sama wanita lain, tiba-tiba datang satu berita memberitahuku, bahawa saudaraku Dhirar bin al-Azwar telah ditawan. Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku, lalu aku terus menunggang kuda ke sini. Sesungguhnya aku terpaksa melakukan apa yang telah aku lakukan ini.''
Khalid al-Walid merasa begitu kagum lagi dengan jawapan dan tindakannya itu. Lantas memuji-muji Khaulah atas keberanian dan keikhlasannya terhadap saudaranya itu. Maka Khalid berkata kepada Khaulah lagi. ''Kita akan menggempur musuh sekali lagi selepas ini dan aku berdoa kepada Allah agar kita dapat menemui saudaramu, supaya kau dapat membebaskannya nanti.''

Penyertaan Khaulah dalam peperangan tidak berakhir di situ sahaja. Beliau telah menyertai beberapa peperangan selepas itu termasuklah peperangan yang berlaku di Syam. Dalam peperangan di Marj Dabik, saudaranya Dhirar telah ditawan sekali lagi. Khaulah sekali lagi telah menggempur barisan-barisan musuh. Beliau juga turut serta dalan peperangan Antakia bersama tentera muslimin yang berakhir dengan kemenangan kepada tentera muslimin.

Selain itu,beliau juga turut terlibat dalam penaklukan Mesir, sehingga namanya disebutsebut semua orang. Beliau terus menjadi seorang perajurit Islam, sehingga beliau menemui ajal pada zaman pemerintanh Khalifah Othman bin Affan R.A. Khaulah telah meninggalkan namanya harum mewangi, yang bau-bauannya terus menerus di cium orang di sepanjang
zaman...



#masih ada kah lagi khaulah pada zaman ini??



~istidraj~

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah berabad lamanya, pena tidak menari-nari di laman ini...akhirnya, hari ini, punya sedikit waktu untuk berkongsi sesuatu...padahal ada je waktu...diri ni je yang malas nak menaip..lantaran ada kerja lain yang lebih memerlukan komitmen tinggi...kadang-kadang manusia ni lagho...buat tak tahu je dengan waktu yang berjalan...waktu itu semakin menghimpit...sekarang dah nak masuk minggu ke 7 pengajian..lagi beberapa minggu nak final exam...pejam celik, pejam celik, dah nak habis belajar dah...(ceewaahh, perasan je)...waaa...belum ready nak final exam....

Eh, macam tak masuk tajuk lagi ni...ok..kali ni, nak kongsi tentang istidraj..pernah dengar?? pernah rasa?? pernah ambil tahu?? banyak pulak soalnya..

Istidraj ni, kalau maksud yang mudahnya,  Allah bagi nikmat kat kite, tapi kite semakin jauh dariNya..

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Manusia ini boleh dikatakan macam lupa daratan...lupa kepada Pencipta...kite selalu lihat, ade orang yang tak solat 5 waktu, tak keluar zakat, tak puasa, pendek kata, Islam itu hanya dalam IC je..ade antara mereka yang Allah kurniakan pelbagai nikmat kepadanya..kereta mewah, rumah besar, harta yang banyak, kerja yang bagus dan pelbagai lagi...sedangkan ada orang yang solat tak tinggal, puasa, keluar zakat, hidupnya hanya untuk Allah, tapi kehidupannya hanya biasa-biasa sahaja..

Allah, semoga kite dijauhkan daripada sifat istidraj ini...bahaya...dan hati-hatilah dalam kehidupan kite...bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi dan laksanakanlah perintahnya..Allah itu Maha Adil...




Tuesday, 17 September 2013

~no title~

Bismillahirrahmanirrahim...

Tuhan betapa aku malu,
Atas semua yang Kau beri pada diriku,
Terlalu sering,
MembuatMu kecewa.

Entah mungkinkah aku terlena,
Sementara Engkau beri aku kesempatan,
Berulang kali,
Agar aku kembali.

Dalam fitrahku,
Sebagai manusia,
Untuk menghambakanMu,
Betapa tak ada apa-apanya,
Aku di hadapanMu.

Aku ingin mencintaiMu,
Setulusnya, sebenar-benar aku cinta,
Dalam doa,
Dalam ucapan,
Dalam setiap langkahku.

Aku ingin mendekatiMu,
Selamanya,
Sehina apapun diriku,
Ku berharap untuk bertemu,
DenganMu ya Rabbi...




Monday, 5 August 2013

~coretan ramadhan 2013~


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam…Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa…puji-pujian hanya untukNya…selawat dan salam untuk junjungan besar, kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W.. dan seluruh kaum keluarga dan para sahabat..semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita..beruntung nye kite kerana dengan kasih saying Allah, dapat kita kecapi nikmat iman, islam dan dakwah Islam..Allah..

Masa pantas berlalu..Ramadhan pula bakal meninggalkan kite..dan Syawal bakal menjelma..Ramadhan, datangnya dinanti, perginya ditangisi..bagaimana pula dengan kite?

Bagi aku, Ramadhan kali ini, lain daripada tahun-tahun yang sebelum ni..Ramadhan kali ini penuh bermakna..bulan puasa kali ini, di negeri orang..di negeri mendapat suntikan tarbiyyah..manis sekali rasanye..sahur lain, buka puasa lain, terawih lain, moreh lain, suasana puasa lain…semuanya lain..tak ade yang sama seperti di rumah..

Kenapa aku cakap lain?? Sebab puasa dengan sahabat-sahabat tercenta..haha…ye la..kalau kat rumah, semuanya already prepared..banyak yang orang lain buat, daripada buat sendiri..kali ni, semuanye kena sendiri..dah besar kan..haha..

Tapi ape yang bestnye, dapat masak sama-sama..buka puasa sama-sama…macam-macam yang dimasak..yang penting, sambal belacan mesti ade..bab terawih lak, lagi la lain…mostly terawih, kiteorang solat perempuan je..sebab terawih dekat kolej kediaman..solat terawih dengan imamah…

Ape-ape pun, Ramadhan kali ni memang lain…and memang best..walaupun berjauhan daripada family..tapi, ade sahabat-sahabat yang menemani..
Ramadhan pula bakal meninggalkan kite..tidak pasti, sama ade kite ade jodoh lagi tak dengan Ramadhan akan datang..insyaAllah, jika Allah izinkan, dapat berjumpa dengan Ramadhan akan datang..semoga Ramadhan kali ini, mendapat rahmat dan keampunan Allah…semoga madrasah Ramadhan kali ini juga lebih mengajar dan mendidik nafsu kite…dan semoga apa yang kite lakukan di bulan Ramadhan bukan setakat dilakukan pada bulan tarbiyyah ini sahaje, tapi, ia berterusan untuk bulan-bulan yang akan datang juga..


#manfaatkan malam-malam terakhir..masih ade masa lagi..

Monday, 22 July 2013

~andai diri ada label~


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan umur hingga ke Ramadhan 13…ya Allah, panjangkanlah umur kami hingga ke hari yang berikutnya…



Teringat kisah seorang sahabat bercerita tentang dirinya..Apa yang ingin dikongsikan bukanlah tentang cerita die..tapi sesuatu yang membuatkan diri ini berfikir..

Bermula apabila, die mempersoalkan “kalau tak mandi, kite pegi mydin boleh??” Saya dengan pantasnya menjawab, “boleh…apa salahnya..bukannye orang lain tau pun kite tak mandi..betol tak??” Sahabat mengiayakan jawapan saya..katanya.."mm, betol jugak..bukannye ade label kat badan kite yang kite ni dah mandi ke belum..” Saya tersenyum dengan kata-kata sahabat itu..

Bile difikirkan, perihal tesebut, memang penting…sebab ia melibatkan kebersihan..sedangkan Islam itu sendiri menuntut umatnya untuk menjaga kebersihan..

Cuba kite fikirkan, andai kata diri kite dilabel dengan “DOSA” dan “PAHALA” ??? Contohnye, terpapar di badan kite “hari ini, si fulan bin fulan mencuri”, “hari ini si fulan bin fulan derma di masjid”

Apa agaknya yang bermain di fikiran anda??? Mostly antara kite, yang digelar manusia ini, pasti berkata “TIDAK”…ye, kalau mengikut logik akal sekalipun, takde sape pun yang menginginkan dirinya dilabel sebegitu..manusia itu tidak pernah terlepas dari berbuat dosa…

Allah itu tidak pernah menzalimi hambaNya…manusia itu yang menzalimi diri mereka sendiri..

Kesimpulannya, dalam kehidupan ini, Allah itu Maha Melihat…Allah Maha Mengetahui setiap apa yang hambanya lakukan..lakukan yang terbaik dalam kehidupan..tajdid niat dan ikhlaskan hati…





Saturday, 20 July 2013

~Ramadhan kareem~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam...selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. dan seluruh keluarga dan para sahabat baginda.. 

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat, inayah dan kasih sayangnya, kite masih lagi dipinjamkan nyawa untuk meneruskan kehidupan di bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Saat ini, dah masuk 12 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Baru je rase, masuk bulan puasa. Dah nak abes dah rupenya..Allah...

Fasa pertama, dah lepas..10 hari yang pertama...dan kite sekarang sudah masuk ke fasa yang kedua, pertengahan Ramadhan. dan seterusnya fasa yang ketiga, 10 hari terakhir Ramadhan. 10 hari yang pertama, dipenuhi dengan rahmat Allah..10 hari yang pertengahan, dipenuhi dengan keampunan Allah..dan 10 hari yang terakhir, pelepasan dari azab api neraka. Allah....

Bila dah masuk fasa yang kedua ni, bagaimana dengan fasa pertama kita di bulan Ramadhan?? Jom muhasabah diri dan koreksi balik diri kite..Ape yang kite dah buat dalam bulan Ramadhan kali ini?? Masih sempat untuk kite membaiki diri dari sudut sikap, amalan dan kehidupan seharian kite. Moga-moga, bukan waktu Ramadhan sahaje kite beramal, tapi kite cube untuk istiqamah untuk hari yang akan datang. InsyaAllah..mudah-mudahan..

Tiada siapa yang dapat menjamin kite akan hidup, sejurus 1saat selepas ini.. tiada siapa yang dapat menjamin..maka, kite cuba untuk buat yang terbaik dalam kehidupan..lakukan sesuatu seperti kite melihat Allah dan Allah menilhat apa yang kite lakukan..moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..

Teruskan berdoa semoga Allah panjangkan umur kite untuk meneruskan perjalanan dalam bulan tarbiyyah ini..Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang bertaqwa...



Wednesday, 10 July 2013

~derita kita~

Bismillahirrahmanirrahim...


derita kita

derita kita menanti..majunya negara
derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan


derita kita belum dapat bantuan subsidi
derita kita kerana anak tidak lulus periksa


derita mereka apabila anak-anak mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru peluru yahudi yang merobek kulit
mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa.
itulah derita para ibu di bumi Gaza..



para ibu di negara kita..
derita belum sempat membeli gelang baru
belum sempat membeli rantai baru
belum sempat menempah siap pakaian baru
samakah kita dengan mereka???



bumi gaza...2012..
menjadi tontonan cerita perang dalam televisyen
 setiap umat Islam yang 
jumlahnya berbilion-bilion..



wahai Gaza..
kami saudara kamu
seagama dengan mu
kami lelaki-lelaki sekuat mu juga
kami memohon ampun kepada mu wahai gaza



kami memohon ampun kepada mu wahai Syria
kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami
yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan




minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria
kami ada tentera, tetapi kami tidak mampu pergi kepada kamu
mohon kemaafan banyak-banyak
kami hanya menjadi penonton
di mana darah-darah anak mu,isteri-ister i mu jatuh
titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci



wahai Gaza
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad
terimakan lah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhadamu



wahai Syria
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad-jasad kamu melawan segala yang jadi musuh Allah



wahai Gaza
wahai Palestin
wahai Syria
maafkan kami
terima lah doa daripada kami

dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu


~cerita~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam...selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kaum keluarga baginda dan para sahabat..Al-Fatihah untuk para mujahidin di Syria, Palestin, Mesir, Rohingya dan seantero alam...

Syria dgn ceritanya...
Palestin dgn ceritanya...
Mesir dgn ceritanya...
Malaysia juga dgn ceritanya...

Semuanya ade cerita masing2...



Ramadhan juga telah membuka lembarannya dengan pintu rahmat dan keampunan. Dan dunia masih dengan agenda2 yang dirancang. Para mujahidin juga bersedia dengan senapang dan alat ketenteraan untuk melawan musuh. Teringat sirah Nabi S.A.W. tentang Perang Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan (17 Ramadhan) tahun 2Hijrah. Hebatnya perang Badar ni. Tentera muslimin pada masa itu seramai 313 orang dan tentera musuh seramai 900-1000 orang. Pada masa ini, tentera Islam menang walaupun pada awalnya, Nabi keluar bukan untuk pergi berperang. 

Itu tentang perang badar yang berlaku pada zaman Nabi S.A.W. 

Persoalannya, di mana kita saat ini??? Apa yang kita dah buat untuk menangkan Islam??? Apa yang kita dah buat untuk memelihara aqidah kita??? Di mana kita saat para pejuang Islam memerlukan kita???

Memang betul, Islam tidak memerlukan kita, tapi kita yang memerlukan Islam. 

Tumpahan darah yang berlaku, rampasan kuasa, rakyat dizalimi, dan bermacam2 lagi kejadian yang menuntut kepada pembebasan. Permainan dan agenda pihak musuh memang licik. tidak siapa menduga. Allah...

# Islam pasti akan menang..itu janji Allah..kena yakin..masanya akan tiba..lambat atau cepat..

Sunday, 12 May 2013

~langkah sang daei~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, masih bernyawa, dipinjamkan segala nikmat oleh Pencipta Yang Maha Agung..selawat dan salam kepada junjungan besar, kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. dan buat keluarga dan para sahabat baginda..

Langkah Sang Daei membuka lembaran rejab ku kali ini..mengapa Langkah Sang Daei?? 

10 May 2013

Alhamdulillah, BADAR UTeM mendapat jemputan untuk menjadi fasilitator di sebuah program SK Convent, Batu Pahat, Johor. Seramai 14 orang muslimat telah terpilih dan memilih untuk menyertai program ini. Kami bertolak pada jam 5.30 petang dan tiba di Muar jam 8 malam...wah,,lame nye..sepatutnya, 1 jam je..biaselah, mslh teknikal..dengan jem lagi..Alhamdulillah, langkah kami diteruskan. Sampai sahaja di tempat program, disambut oleh ustazah. Tatkala ustazah menunjukkan penginapan kami, aku terkejut..ye la..terlalu selesa. Allah sedang menguji hambaNya yang dalam kesenangan..

antara barisan fasilitator


Program bermula jam 9 malam. Dimulakan dengan sesi suai kenal bersama fasi. Wahhh,,ramainya peserta yg terdiri daripada pelajar tahun 6. Semuanya perempuan seramai 75 orang. Semasa waktu suai kenal, pelbagai soalan yang ditanya..birthday akak bile?? umur berapa?? status?? haha...macam2 la budak2 nih..dan diteruskan lagi dengan slot muhasabah. tekejut bukan kepalang..ingatkan ade LDK dulu..rupenye, LDK tu, slot muhasabah rupenye..aishh..dengan preparation last minute nye, sahabat2 aku mencuba yang terbaik. Mula2, adik2 tu boleh gelak2 sebab fasi berlakon..haha...tp....tumpah jugak kolam air mata dorang..sampaikan ade yang tak berhenti menangis..fasi pun sedih kot..cikgu2 pun...huaaa....pada malam itu, program berakhir dengan slot muhasabah..berehat sebentar bersama kuih karipap dan donut...dan.....masa untuk beradu..(tp, tak pun, sebab kena prepare untuk slot motivasi pulak)...




11 May 2013

Pagi tu, ade slot riadah..tapi, adik2 yang conduct sendiri..haha..mana fasi?? mm, tak tau pun sebenarnye kena conduct slot riadah..tengok je la adik2 riadah..disebabkan sarapan tak siap lagi, jadi kiteorang ajak adik2 main2..menyanyi lagu tema (Gemuruh & Stand In The Eyes)..sarapan pagi tu, kami dihidangkan dengan bihun goreng..sedappp...hehe..



Diteruskan lagi dengan LDK cara bacaan solat, amali wuduk dan amali solat. adik2 duduk dalam kumpulan masing2 dan ade seorang fasi yang lead. Pelbagai kerenah dan cara adik2 nih..berkaitan cara bacaan solat, ade yang dah pandai, ade yang sederhana dan ade yang masih lemah. tapi, ape yang bagusnya pasal dorang nih, yang pandai akan ajar yang kurang pandai ni..sama2 membantu. Ade jugak yang malu2 dengan akak2..haha..malu la sangat..bile dah lame, nampak la perangai nye macam mane..hyperactive betol..Fasi kena nilai macam mane prestasi adik2..kena betolkan bacaan solat dorang..ajarkan yang mane tidak ingat..Alhamdulillah, berjalan lancar..moga adik2 terus istiqamah..

Aku lead kumpulan 7 (al-Mukminin), 5 orang semuanye..bagus adik2 ni..selain sentuh bab solat, aku ade sentuh sedikit perihal aurat..semuanya bertudung secara konsisten..cume ade sorang adik nih yang die terus terang cakap, die hanya tak pakai tudung bile pergi holiday..aku tanye kenapa?? dia cakap sebab ade orang lelaki..erkkk,,ok..mentang2 lah sekolah dorang semua perempuan..takpe, aku cakap, adik2 kena cuba berubah sedikit demi sedikit..insyaAllah, istiqamah..berehat sebentar..



Dan diteruskan lagi dengan slot terakhir iaitu slot motivasi..haha...motivasi la sanggaatt kan..sape yang bagi motivasi?? fasi ler..siapakah gerangan nye penceramah itu..jeng3..rahsia...orang tertentu sahaja yang tahu..haha..mm, mengantuk giler adik2 nih..ye la..bangun qiam pukul 2pagi...ade ke patut..cikgu suruh bangun pukul4.30...mengantuk ler jawab nye..diselitkan di situ, dengan aktiviti2 ckit2...entah ape la motivasi yang kiteorang bagi..

InsyaAllah, moga ilmu yang diberi, diberkati Allah..malu dengan cikgu2 yang tengok & dengar kiteorang punye slot motivasi..hehe..jam 1 tengah hari, berkhirnye slot motivasi...makan tengah hari, solat dan bersiap2 untuk balik..sekejap je rase..tak puas lagi jumpe adik2 tu..rase macam banyak lagi yang nak bagitahu dorang..huhu..tengah hari, kami dijamu dengan nasi ayam, ade koktel dan air laici...Alhamdulillah, terima kasih ya Allah (trade mark adik2)...

Sesi post mortem dengan cikgu2...banyak perkara yang dibincangkan..semoga diberi kekuatan kepada cikgu2 untuk menjalankan amanah dengan sebaik2 nye..



And lastly, majlis penutup..bila dengar guru besar dorang berucap, aku rase macam jarang sekali guru besar atau pengetua yang bagi pesanan sedemikian kepada anak2 muridnye..guru besar mengingatkan pelajarnye tentang hadis Nabi pasal 3 pekara (doa anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya, sedekah jariah yang ikhlas dan ilmu yang dimanfaatkan)..guru besar juga mengingatkan tentang 2 perkara yang Nabi tinggalkan untuk umatnye (Al-Quran dan Hadis)..sampaikan guru besar tu cakap, nanti di akhirat, dia tak dapat masuk syurga sebab tak ajar anak muridnye solat..nanti, ade anak muridnye akan tarik die ke neraka sebab tak ajar dorang solat..Ya Allah, bagusnye, cikgu2 ni..tunduk je adik2 ni masa guru besar dorang cakap macam tuh..berkatilah guru2 ini ya Allah...majlis penutup disempurnakan oleh guru besar dan penyampaian sijil kepada fasi..maka dengan ini, berkhirlah program Semaian Wahyu Kem Bestari Solat Perdana SK Convent Batu Pahat, Johor yang dibuat di D'Impian Resort Training & Centre Muar, Johor..kite tutup majlis kite dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr...sesi bergambar pun bermula...(^-^) 




#semoga amal kite yang sedikit ini diterima di sisi Allah S.W.T...buatlah amal kebajikan sebanyak mungkin sebab kite tidak tahu amal mana yang diterima Allah...

Monday, 6 May 2013

~dengar ini wahai jundullah~

Bismillahirrahmanirrahim...


wahai anakku,
Janganlah kamu bersedih di atas kekalahan ini, kerana ia adalah keringanan bebananmu di akhirat. Kekalahan sementara di dunia banyak air mata yang tumpah, banyak hati yang bersedih dan banyak jiwa yang menderita, namun semua ringihan, air mata dan kesedihan ada nilaiannya di akhirat seandainya kamu redha dengan ketentuanNya.

Wahai anakku,
Ingatlah akan firman Allah di dalam hadis Qudsi, mafhumnya " Sesiapa yang tidak redha dengan ketentuanku, dan tidak sabar di atas ujianku dan tidak bersyukur di atas nikmatKu, maka carilah Tuhan yang lain dariKu". Kerana itu wahai anakku, kita tidak punyai Tuhan yang lain selain Allah. Dia yang menentu kebaikan bagimu. Janganlah kerana sedikitnya ilmu yang ada pada kita, menyebabkan kita berdukacita di atas keputusan ini.

Wahai anakku,
Tidak salah kamu menangisi, bersedih dan kecewa kerana itu adalah fitrah manusia. Namun janganlah perasaan itu merosakkan hatimu sehingga syaitan berjaya merosakkan jiwamu. Ucaplah " telah ditaqdirkan oleh Allah, apa-apa yang dikehendakiNya, dan kami redha dengan ketentuan!u wahai Allah".

Alangkah hebatnya perjuangan ini, bilamana kita berhadapan dengannya secara langsung. Banyak pengorbanan yang kita lakukan, apa yang diharap agar Allah menerima pengorbanan tersebut. Wahai anakku,
Kejayaan sebenar kita bilamana Allah menerima segala pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit kita sehingga ia menjadi tebusan diri kita di hadapan Allah di akhirat.

Wahai anakku,
Perjalanan masih jauh, perjuangan masih panjang yang memerlukan tenagamu. Ambillah sedikit masa untuk rehat seketika, lalu bangunlah dengan penuh ketabahan bagi meneruskan perjuangan ini. Kamu tidak perlu menyalahkan diri di atas keputusan yang kamu tidak sukai, kerana itu helah syaitan untuk merosakkan jiwamu. Jangan kamu salahkan dirimu atau orang lain, kerana kita hanya pelaksana apa yang Allah perintahkan. Ingatlah firman Allah " bukanlah kewajipan kamu (ya Muhamad S.A.W ) memberi hidayah kepada manusia, Allahlah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki".

Wahai anakku,
Teruskan kerja Islam ini sehingga Allah beri kemenangan sebenar dihadapanNya nanti atau kamu mengadapnya dalam keadaan kamu masih istiqamah di atas jalanNya.

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa semua petugas yang telah bertungkus lumus berjuang bagi memenangkan perjuangan ini. Ya Allah, andainya ada sedikit belas kasihanmu pada kami, maaflah kesilapan kami, am
Unilah dosa mereka yang membenci kami, dan. Erilah petunjukmu kepada mereka dan kepada kami.

Salam perjuangan buat semua yang disayangi.....
Senyumlah kerana kamu masih ada Allah yang menyanyagimu.

Sunday, 28 April 2013

~indicator ukhuwwah~

Bismillahirrahmanirrahim...

Semasa bebulatan gembira bersama sahabat-sahabat, satu perkara yang sering dibincangkan ialah tentang ukhuwwah...ye,,ukhuwwah...

Penting sangat ke ukhuwwah ni sehingga disebut-sebut, dipertahankan?? tapi, kite mesti tau ape itu ukhuwwah...senang citer, ukhuwwah ni ikatan, persaudaraan...tanpa ukhuwwah, tiada erti la sesuatu hubungan persahabatan itu...memang ukhuwwah itu penting...memang ukhuwwah itu perlu dipertahankan...

Ada sahabat yang bertanya "apa indicator ukhuwwah itu??"...sejenak ku berfikir..memang betul..ape sebenarnya tanda aras yang menunjukkan ukhuwwah antara aku dan sahabat?? ade pelbagai pendapat...aku cuba listkan...


  • Pada pandangan aku, yang pertama sekali dalam bersahabat ialah niat..niat kite bersahabat kerana Allah..bukan kerana pangkat die, bukan kerana harta die, bukan kerana die orang yang berpengaruh..tidak, tidak dan tidak...ukhuwwah itu bukan diukur dengan perkara material..Allah bagi peringatan :  
Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh) [az-zukhruf ayat 67]


  • indicator ukhuwwah itu, apabila sahabat kita memerlukan bantuan, kite dengan get ready nye terus bantu sahabat tersebut..lebih senang, kite bagitau, kita perlu pertolongan..tengok, ada tak sahabat yang datang bantu kite..kalau die datang, ukhuwwah kite dengan die, tinggi...tapi, jangan la aplikasikan benda ni saje-saje...sekali-sekala boleh la..saje nak test ukhuwwah kite dengan die..tapi kalau banyak kali buat saje-saje, tengok la ape yang jadi..kena lempang jap lagi kang...(just kidding)



  • nak tau ukhuwwah kite dengan die, sahabat itu mudah tegur kite bila kite melakukan kesilapan...tak ramai yang boleh tegur kesilapan orang ni..silap-silap, kite yang kena marah balik..bile kite berukhuwwah ni, lain rasenye..bile kite ditegur, bukan bermaksud kite dimalukan, tapi sama-sama kite berubah ke arah kebaikan..kalau takde sahabat, sape yang akan tegur kite bile kite buat silap?? selain family, sahabat lah yang paling dekat dengan kite..Allah bagi teguran dekat kite, melalui sahabat...Subhanallah..

  • indicator lain, contohnya dari segi bantuan..tak semestinya bantuan tu dari segi wang ringgit, harta benda..tapi kita bagi semangat kepada sahabat kite..waktu die sakit, kite pegi ziarah die..itu menunjukkan yang kite 'care' dengan die..kadang-kadang sahabat kite ni tak mengharapkan wang ringgit daripada kite, cukuplah kite ade bersama die sewaktu senang dan susah 



  • last but not least ialah selalulah kite berhubung dengan sahabat kite..selalu tanya khabar..kite ni, waktu nak mintak tolong, baru kite jumpe sahabat kite...



hah, dah cukup?? sebenarnya, banyak lagi indicator ukhuwwah ni..setakat ni dahulu yang ade..nilai ukhuwwah itu tidak bisa dinilai dengan harta benda, tidak mampu dirungkai dengan kata-kata..cukuplah hanya Allah mengetahui bahawa aku sayang sahabat aku...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...