Tuesday, 19 May 2015

~hadiah hari guru~

Bismillahirrahmanirrahim...











Gen-Q al-kausar ...

pelbagai gelaran dapat..
ustazah kurus, ustazah alang, lepas tu, baru dpt ustazah aini..
macam-macam..
ape-ape pun, dorang memang best...

Amirah a.k.a aa, Azlina a.k.a ina, Aisyah a.k.a eca, Alya, Darwisy, Darwisya, Ayuni dan ramai lagi..

sweet pulak budak-budak ni malam ni...
senyum sorang-sorang bila ingat dorang...
will miss this moment...

Monday, 18 May 2015

~kelam malam~

Bismillahirrahmanirrahim...

Kelam malam...
indah berseri..
ditemani bintang-bintang berkerlipan..
memaksa diri untuk memecut dengan selaju-lajunya..
bukan kerana takut..
tetapi memerlukan cahaya dalam kadar yang segera...

Kelam hati...
jauh dari Tuhan..
jauh dari kebaikan..
hidup dalam kegelisahan..

alangkah beruntungnya diri andai merasa kita perlu memecut selaju-lajunya mencari Tuhan kembali..

#mendahulukan Allah dan Rasul dalam setiap perkara..

#matlamat tidak menghalalkan cara



Di kala itu, di saat inginkan 'privacy' aku dan sahabat



Sunday, 17 May 2015

~pilihan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Pilihan...
Ya..
Hidup adalah pilihan..

Pilihan untuk berada dalam kebaikan atau keburukan..
Pilihan untuk belajar atau tidak..
Pilihan untuk senang atau susah..
Pilihan untuk rajin atau malas..
Pilihan untuk memilih ke arah kebaikan atau keburukan..
Pilihan untuk mendekatkan diri kepada Allah atau menjauhkan diri daripada Allah..
Pilihan untuk ke syurga atau neraka..

Terlalu banyak pilihan yang perlu dipilih dalam kehidupan seharian...
Yang pasti kita hanya ada dua pilihan..

Semoga pilihan yang dipilih itu lebih mendekatkan diri kita dengan Pencipta..
Itulah pilihan yang terbaik..




Monday, 11 May 2015

~...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Tatkala diri dihambat kesibukan kerja,
dek kepanasan dunia yang sedang menggila,
dan aku...
masih di sini..
mengharapkan kasih Tuhan yang tidak berbelah bahagi..

Memikirkan perihal diri..
yang seakan semakin menjauh..
ke mana hilangnya diri yang dahulu...


Nite everyone...


Sunday, 8 March 2015

~love~

Bismillahirrahmanirrahim...






















"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." [Al-Imran:190]

"iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka." [Al-Imran : 191]


~watak aku dan dia~

Bismillahirrahmanirrahim...

ada watak aku. ada watak dia. 

watak dia yang lebih baik. lebih hebat. 
dia yang lebih dari segala segi. 
yang pasti disayangi lebih dari watak aku. 
lebih dari watak aku. 

watak aku yang bezanya total. 
yang mula penat dengan kerenah sendiri. 
yang letih menangis. 
yang setiap hari mencari sudut pandang berbeza dengan harapan hanya untuk tersenyum. 

persamaan : keduanya pencari Rabbi
perbezaan : watak dia sungguh maju berlari di hadapan
dan watak aku masih tertiarap  terlentang tiap kali jatuh cuba bangun di belakang. 

tapi watak aku tahu, walau hancur mana watak aku di hadapanNya
Allah akan tetap memandang dengan sepenuh kasih sayang.
takkan disisihkan aku dariNya. takkan pernah walau sekali. 

semoga watak aku lebih keras dan istiqamah untuk menjadi sebenar hambaNya.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...