Bismillahirrahmanirrahim...
DARIPADA SAHABAT BUAT SAHABAT.....
Bangkitlah !!!
Pemuda pemudi harapan agama,
Janganlah kau terleka dengan tipu daya dunia,
Jagalah daripada lenamu yang panjang,
Tegakkanlah syiar Islam.
Jagalah agama Allah
Nescaya Allah akan menjagamu.
SEDARLAH !!!
Janganlah kau terpedaya dengan nikmat cinta manusia,
Cinta manusia yang penuh dusta, yang menyakitkan.
Carilah cinta Allah,
Dambakanlah cinta Allah,
Penuhilah di dalam jiwa dengan cinta Allah,
Cinta Allah yang tidak pernah mengecewakan.
DIA lah pemberi cinta yang Maha Agung,
DIA lah juga yang mencampakkan rasa cinta ke dalam hati manusia.
Berkasih sayanglah kamu semua demi Allah,
Berkenal-kenallah kerana Allah.
Nescaya persahabatan itu bisa
memberi manfaat di mahsyar kelak.
Sahabat sejati ialah
Sahabat yang mengingatkan kita pada Allah.
Janganlah dikau tinggalkan sahabat seperti itu,
Dialah sahabat sejati.
Dari mana datang kita?
Untuk apa kita hidup?
Ke mana kita akan dikembalikan?
Ingatlah, sahabat-sahabatku,
Dunia ini hanya sementara
Nyawa kita hanya pinjaman daripada Allah.
Abdikanlah diri kita hanya kepada Allah.
Contohilah, teladanilah sirah Rasulullah
Bagindalah ikutan terbaik sepanjang zaman
Janganlah kau merasa jemu,
Untuk berjuang demi menegakkan ad-din Allah,
Ikhlaskanlah hatimu,
Untuk mencapai redha Allah.
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin.
Namun,
Jangan sesekali kau melupakan Pencipta yang Maha Agung, lagi Maha
Tinggi.
Dialah yang memberi nikmat dan kemudahan kepadamu.
Janganlah engkau ingkar dengan perintah-Nya
Sujudlah kamu semua kepada Allah
Hanya DIA yang layak disembah.
Nukilan,
HAMBA ALLAH
#memori bersama sahabat...menghayati kembali nukilan ini...
No comments:
Post a Comment