Friday, 22 March 2013

Tuesday, 19 March 2013

~erti syukur~

Bismillahirrahmanirrahim...

Diri terpanggil untuk mencoret sesuatu di laman blogger..waktu lapang yang ada ingin aku gunakan dengan sebaik2 nye...nikmat waktu lapang sering manusia tinggalkan...bile sibuk, barulah menyesal dengan waktu lapang yang ditinggalkan...



Ingin berkongsi tentang SYUKUR...nikmat syukur...sedikit sekali manusia yang tergolong dalam orang2 yang bersyukur..sehinggakan disebut di dalam Al-Quran..orang yang bersyukur ini adalah dalam kalangan orang yang sedikit...tidak mahukah kita menjadi golongan yang Allah sebutkan dalam Al-Quran...Allahurabbi...sentiasalah kite berdoa supaya kita tergolong dalam orang yang sedikit ini...

Erti syukur...bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kite..nikmat iman, islam, hidup, sihat dan pelbagai lagi nikmat yang Allah bagi free je kat kite...dan ingin aku kongsikan satu nikmat yang tak semua orang dapat buat benda ni...nikmat apakah?? nikmat dapat buat gerak kerja untuk Islam...wah..memang nikmat...pada permulaannya memang perit..namun pada pengakhirannya, ganjaran Allah menanti...tak semua orang dapat merasai buat gerak kerja Islam...sebenarnya tak susah pun...peluang dah ada depan mata..tinggal kite nak buat atau tak...senangkan??

Kalam Allah berbicara 

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi ) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar " [At-Taubah:111]



Manusia ni memang berkira dalam membuat perkara kebaikan..lalu Allah memujuk dengan kalamNya ini..dengan menawarkan syurga kepada mereka..tapi kite, tak reti2 lagi nak bersyukur..Astaghfirullah..

syukur...syukur...syukur...pelbagai bentuk yang kite boleh zahirkan kesyukuran kite kepada Allah..perbuatan, lisan, hati..pebuatan dengan menggunakan nikmat yang Allah bagi untuk Islam..lisan dengan banyakkan berzikir, ucapkan Alhamdulillah...hati dengan sentiasa mengingati Allah...dan pelbagai cara lagi..yang ditulis ini hanyalah sedikit...senangkan??



#Jadi, bersyukurlah dengan nikmat yang diberi...

Thursday, 14 March 2013

~amanah~

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa amat mencemburui aku sekarang ini....step by step nuraini...ni baru awal semester...Allah kan ada...masa yang terluang ni aku ingin berkongsi sesuatu...sesuatu yang semua orang alami bende ni...apakah??

Bercerita tentang AMANAH...ye,,AMANAH...kite selalu dengar perkataan ni...namun sejauh mana kita faham dan laksanakan amanah dan tanggungjawab kita??

Semua orang ada amanah masing2...dan amanah itu kite tak nampak...kite hanya tahu itu amanah...pahala lagi la kita tak nampak...itulah, benda baik, manusia tidak pandai menilai...

Berbalik kepada cerita AMANAH tadi...kalau buat survey tanya semua orang kat dunia ni, "SIAPA NAK AMANAH??" percayalah, takkan ada yang sanggup...kenapa?? amanah itu berat...Allah...banyak amanah yang Allah bagi..Allah ingin menguji hamba2 Nya...Dia ingin melihat siapakah dalam kalangan hamba2 Nya yang paling baik amalnya..yang paling bertakwa di sisi Allah..



#mencari redha Allah...

Saturday, 9 March 2013

~dari sahabat buat sahabat~

Bismillahirrahmanirrahim...


DARIPADA SAHABAT BUAT SAHABAT.....

Bangkitlah !!!
Pemuda pemudi harapan agama,
Janganlah kau terleka dengan tipu daya dunia,
Jagalah daripada lenamu yang panjang,
Tegakkanlah syiar Islam.
Jagalah agama Allah
Nescaya Allah akan menjagamu.

SEDARLAH !!!
Janganlah kau terpedaya dengan nikmat cinta manusia,
Cinta manusia yang penuh dusta, yang menyakitkan.
Carilah cinta Allah,
Dambakanlah cinta Allah,
Penuhilah di dalam jiwa dengan cinta Allah,
Cinta Allah yang tidak pernah mengecewakan.
DIA lah pemberi cinta yang Maha Agung,
DIA lah juga yang mencampakkan rasa cinta ke dalam hati manusia.

Berkasih sayanglah kamu semua demi Allah,
Berkenal-kenallah kerana Allah.
Nescaya persahabatan itu bisa memberi manfaat di mahsyar kelak.

Sahabat sejati ialah
Sahabat yang mengingatkan kita pada Allah.
Janganlah dikau tinggalkan sahabat seperti itu,
Dialah sahabat sejati.

Dari mana datang kita?
Untuk apa kita hidup?
Ke mana kita akan dikembalikan?

Ingatlah, sahabat-sahabatku,
Dunia ini hanya sementara
Nyawa kita hanya pinjaman daripada Allah.

Abdikanlah diri kita hanya kepada Allah.
Contohilah, teladanilah sirah Rasulullah
Bagindalah ikutan terbaik sepanjang zaman

Janganlah kau merasa jemu,
Untuk berjuang demi menegakkan ad-din Allah,
Ikhlaskanlah hatimu,
Untuk mencapai redha Allah.
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin.

Namun,
Jangan sesekali kau melupakan Pencipta yang Maha Agung, lagi Maha Tinggi.
Dialah yang memberi nikmat dan kemudahan kepadamu.
Janganlah engkau ingkar dengan perintah-Nya
Sujudlah kamu semua kepada Allah
Hanya DIA yang layak disembah.

Nukilan,
HAMBA ALLAH


#memori bersama sahabat...menghayati kembali nukilan ini...

~dakwah tanpa henti~

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sudah tidak mencoret sesuatu di laman ini...rindu...ingin menulis...berkongsi sedikit ilmu yang ada...alasan SIBUK bukanlah alasan yang terbaik...seharusnya kita meluangkan masa untuk meneruskan tinta dakwah ini...bukannya ada masa terluang baru kita buat kerja dakwah...ambil iktibar...

Minggu ke-3 kuliah sudah berlalu...pantasnya masa itu...sedar2 nanti dah graduate...insyaAllah..

Bercerita tentang dakwah, ramai orang yang menganggap kerja dakwah itu hak milik ustaz dan ustazah..hak milik alim ulama'...sedangkan pada hakikatnya kerja dakwah itu hak milik semua orang..

Firman Allah S.W.T.

"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik." [Ali-Imran : 110]

Kita ini hamba...jadi, berlagak lah seperti hamba...bukannya berlagak seperti tuan...hamba kepada Allah..Tuhan yang menciptakan kita...gunakan masa yang ada untuk menyebarkan kebaikan..bukan menambahkan lagi keburukan yang ada...step by step kite cuba berubah ke arah kebaikan..mengajak orang ke arah kebaikan...tak rugi pun...




#fastabiqul khairat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...