Sunday, 3 February 2013

~kenapa aku diuji?~


Bismillahirrahmanirrahim…

Anda pernah diuji? Anda selalu diuji? Adakah anda sedar anda sedang diuji? Atau anda tidak tahu pun itu adalah ujian yang Allah berikan kepada anda? Allah…

Ujian…Cubaan…Dugaan…sama sahaja maksudnya. Cara kita menghadapi ujian itulah yang membezakan kita dengan orang lain. Sebut sahaja ujian, tiada siapa yang tidak pernah laluinya. Ya, pasti. Bila ujian mendatang, kita tertanya-tanya kenapa aku yang diuji? Kenapa tidak orang lain? Cuba renung-renungkan maksud kalam cinta Allah ni :

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ‘kami beriman’, dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui orang yang berdusta.” [Al-Ankabut : 2-3]

Beruntung nye kite..Allah uji kite, sebab Allah sayang kite..Allah ingat kat kite..percayalah, ade hikmah di sebalik ujian itu..

#Macam mana? Jadi, tiada sebab untuk kita tidak menghadapi ujian tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...