Friday, 10 October 2014

~wish you a happy birthday~

Bismillahirrahmanirrahim...

9 OCTOBER 2014

Nuraini Ismail, you are already 22 years old..

Hopefully, you become more MATURE..may your good deeds is improve along with your age..
Keep istiqamah and thabat dalam perjuangan..

Don't give up!!
Keep forward...
May Allah ease everything..life, study, family
Wish you luck in Final Year Project..
All da best!!
Fighting!!!

Thanks for all the birthday wishes and celebrate my birthday..
May Allah bless you too..


ceritera semalam...^^

Sunday, 31 August 2014

~pahitnya perpisahan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Sahabat..
Kehadiranmu terlalu bermakna...
Entah kenapa..
Rasa itu kembali pada hari ini..
Rasa sakit, pedih..
Bukan kerana terluka...
Tapi kerana sayang...
Ya...
Terlalu sayang..
Sehingga takut untuk melepasakanmu..

Sahabat...
Tiada lagi tempat untuk berkongsi cerita..
Tiada lagi tempat untuk berkongsi masalah..
Tiada lagi tempat untuk bergurau..
Tiada lagi orang yang akan menemaniku..
Dan..
Tiada lagi tempat unutk 'bergaduh'..

Sahabat..
Kapan lagi bisa ketemu??
Baru beberapa detik engkau pergi..
Aku merasa kehilangan..
Rasa yang dulu pernah ku rasai..
Kembali pada hari ini..
 
Terima kasih sahabat atas segala-galanya..
Terima kasih...



Sunday, 11 May 2014

~hari ibu~

Bismillahirrahmanirrahim...

Ibu...
hanya satu patah perkataan...
cukup bermakna untuk setiap orang..
kite hanya ade seorang ibu..

Hari ini Hari Ibu...
dan bagi aku, hari-hari adalah hari ibu...
tak kire walau di mana sahaja berada..
ibu tetap di hati...

berbicara perihal ibu...
aku tidak mengingati kenangan bersama ibu..sebab masa tu terlalu kecil..
hanya ade kenangan satu sahaja gambar ibu yang tersimpan kemas di dalam dompet..
namun, itu bukan penghalang untuk aku melupakan ibu..
meninggalkan aku sejak aku 7bulan lagi...
almost 21years she gone..

hargai ibu anda..
hanya ada satu di dunia ini..

terima kasih ibu..
selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini..
ibu..the toughest job...
kerana dirimu begitu berharga...

al-fatihah hadiah istimewa utk ibu...





# dan hari ini, akak aku di kluang...dan aku still di melaka...waa...nak balik jugak...kbai...

Thursday, 10 April 2014

~muslimah itu~

Bismillahirrahmanirrahim...


Muslimah itu , 
terkadang gelak kuat tak henti , terkadang juga minum berdiri , terkadang sebelum tidur trlupa baca doa & ayat kursi , 
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri , 
terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari . 

Muslimah itu , 
terkadang gembira sampai trlompat terkinja smbil trsenyum tayang gigi , 
terkadang menitis air matanya laju tak terperi , 
terkadang rasa lemah smpai tak mampu nk bangun2 lagi , 
terkadang rasa marah menguasai diri , 
sampai rasa nk lempang org tu laju2 without mercy . 

Muslimah itu , 
adalah manusia biasa , 
yg tak lari dari segala perasaan sebagai manusia , 
yg tak lari dari segala mcm ujian dan pancaroba , 
yg tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya , 
yg tak lari dari buat khilaf dan dosa . 

Kerana apa ? 
Kerana dia juga manusia biasa . Apa2 pun , yg pastinya , muslimah itu sentiasa bangkit bila trjatuh , sentiasa cuba gembirakan hati org lain walau hatinya sendiri remuk , sentiasa cuba nk improve diri , 
dari semasa ke semasa tnpa henti , walau terkadang dia trsungkur , itu bkn kerana dia lemah , 
tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula , 
jadi kuat dari sebelumnya , 
kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia , dan juga di akhirat sana 

via Little Khalifah

Sunday, 23 March 2014

~catatan dakwah jalanan~

Bismillahirrahmanirrahim...

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." [Al Imran : 104]

Alhamdulillah, berakhir sudah Street Dakwah di Melaka, anjuran My Concern, disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi kampus sekitar Melaka, membawa tema 'ISLAM FOR ALL' Pengalaman yang tak akan dilupakan. Untuk yang pertama kalinya menyertai program sepeti ini. Turun ke lapangan yang sebenar untuk menyampaikan dakwah. Sebelum ni, kita hanya belajar teorinya sahaja, tetapi hari ini, berpeluang untuk merasai cabaran dakwah yang sebenar. Its awesome!!!

Kami dibahagikan kepada 5 checkpoint (Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Kota A Famosa, Kubu Lama, Muzium Kapal). Dan aku ditempatkan di kawasan kubu lama di mana cabarannya amat besar. To spread the words among the foreigners. How come??? Bila meninjau kawasan tersebut, kebanyakannya adalah masyarakat yang berkeluarga dan pelancong. 

Seriously, rase takut, berdebar, ketaq lutut nak jumpa mad'u. Baru rasa betapa hebatnye cabaran menyampaikan dakwah bila berada dalam masyarakat. Rasulullah S.A.W. dulu, lagi hebat cabarannya. Ini baru permulaan. Apabila melakukan street dakwah, memang yang terlintas dalam fikiran, macam mane nak approach mad'u. Alhamdulillah, dapat approach beberapa orang foreigner. Ade dari Poland, German. As expected, dorang ni memang friendly. Bile minta pandangan dorang tentang Islam, they feel free to share but not all of them. 

Bile bercakap dengan pelancong dari Poland, die mengatakan di Poland, penyebaran agama Islam ini sangat limited. Tak ramai yang cuba untuk menerangkan tentang Islam. Ade seorang lelaki non-muslim dari Sarawak, die memang tertarik dengan Islam. Bile ditanya ape yang menarik tentang Islam, die kate, "saya suka gadis Islam sebab die lemah lembut, gaya traditional, tak moden". Sambung die lagi "saya tengah mencari gadis Islam sebab nak kahwin dengan gadis Islam. Ini, saya tengah mencari di Melaka.."..haha..ade pelancong yang sorang ni, belum approach ape-ape lagi, dah suruh 'married first'..takde kaitan..haha..dan ade juga yang menolak bile kite nak approach. Belum buat ape-ape lagi, dah menolak. Itu cabaran. Bile approach orang Islam sendiri a.k.a. orang Melayu, ade juga yang menolak. dan tak kurang juga ade yang kesal dan kecewa dengan orang Melayu sendiri. Dia mengambil contoh, ade je perempuan yang pakai tudung, duk berkepit sana sini, balik pukul 2 3 pagi, kapel. Itu realiti dan tidak dapat dinafikan. 

Macam-macam respon dari mad'u kite. Dan dari sini juga lah, kite dapat mengetahui bagaimana sebenarnye persepsi dorang tentang Islam. Itu adalah pendapat dorang dan kite harus terima. Baik atau buruk, kite kena ambil semua pandangan. Tidak la kite dikatakan 'syok sendiri'..

Pengalaman hari ini adalah pengajaran untuk yang akan datang. Penat, memang la penat..dengan cuaca yang panas, sesak dengan orang ramai..segalanya cabaran yang kena tempuh demi satu matlamat, satu tekad. Kita yang menyertai street dakwah bukanlah yang paling alim, yang paling banyak ilmu, yang paling berkuasa, tapi atas kesedaran untuk BERKONGSI ilmu yang ade dengan masyarakat di luar sana. Realitinya, ramai di luar sana yang perlukan kite, yang dahagakan ilmu..cuma atas dasar ego, malas, tidak diberi peluang, membuatkan mereka jauh dengan Islam. Ayuh, bangkit umat Islam. 

Harap ade lagi street dakwah 2..:)




   

Wednesday, 19 February 2014

~zainab al-ghazali al-jubaili~

Bismillahirrahmanirrahim...

"Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab al-Ghazali al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki."

Salah satu petikan yang terdapat di dalam buku Hari-hari Dalam Hidupku yang ditulis oleh Zainab al-Ghazali al-Jubaili. Kisah benar tentang penyeksaan di penjara tentera Mesir. Baru baca buku ni semasa cuti sem hari tu. 

Zainab al-Ghazali al-Jubaili adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini. Beliau adalah ketua Jama'ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir. 

Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malahan ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab al-Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yang dipenjarakan. Pelbagai bantuan kebendaan dan rohani dihulurkan. 

Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan ke atasnya. Tetapi Allah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dalam penjara, Presiden Jamal Abdul Nasser telah mengarah agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat. 

Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah : "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."

Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971. Semangat serta keyakinan kepada pertolongan Allah menghadapi segala bentuk penyeksaan menjadika beliau teladan kepada generasi pejuang kebenaran sehingga hari kiamat. 

Dia, Zainab al-Ghazali al-Jubaili, muslimat yang hebat, teguhnya pendirian beliau dan keyakinan beliau dengan janji Allah. Walaupun aku tidak kenali siapa beliau, cukuplah aku mengenali dan menghayati roh semangat pejuangan yang ada pada beliau. Sungguh, apa yang aku baca dalam buku ini, masih tebayang-bayang dalam minda ini. Sungguh beruntungnya beliau dapat bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. 

Kagum dengan beliau..

Saturday, 15 February 2014

~dia~

Bismillahirrahmanirrahim...

DIA hebat...
DIA gagah...
DIA perkasa...
DIA adil...
DIA sangat penyayang...
DIA pemurah...
DIA tidak pernah tinggalkan aku...
DIA sentiasa mengawasi aku...
DIA sentiasa punya waktu untuk aku...
DIA bisa selesaikan masalah aku...
DIA cukupkan keperluan aku...
DIA punya segalanya...
DIA ada tika aku senang dan susah...
cuma aku yang lalai...
terus merangkak untuk mendapat cinta DIA
dan
DIA adalah yang ku cinta
Allah...




~anak kecil~

Bismillahirrahmanirrahim...

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: 
Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

Persoalan yang harus difikirkan oleh kita. Bila mana kita bergelar ibu dan bapa, bagaimana kita ingin mencorak dan membentuk anak-anak yang bakal dilahirkan. Adakah ingin mengikut arus kemodenan sehingga melupakan agama? Sungguh,,ibu bapa merupakan guru pertama bagi anak-anak. Bagaimana kita mencorakkan anak-anak kita, begitulah dia nanti. Agenda untuk membentuk anak-anak yang soleh dan solehah seharusnya difikirkan. Nak dapat anak yang soleh dan solehah, seharusnya kita dahulu yang perlu tingkatkan diri untuk menjadi soleh dan solehah..

Hari ini berpeluang untuk melihat dan membantu cikgu pasti menjayakan program. Ada pertandingan mewarna untuk adik-adik pasti ni. Ada umur 4tahun, 5tahun dan 6tahun. Suka pulak tengok diorang ni. Macam-macam ragam ada. 



4tahun
  
5tahun

6tahun




Saturday, 4 January 2014

~pen~

Bismillahirrahmanirrahim...

PEN....

Kenal pen?? mesti la kenal kan...hari-hari kite gune bende tu...
Pen digunakan untuk menulis...Satu batang pen boleh bertahan lama mengikut kualiti jenama masing-masing...kadang-kadang, harga pen mahal, tapi takde kualiti...kadang-kadang yang murah tu lagi berkualiti..jadi, tangan kite la yang berhak memilih mana yang terbaik...


kredit:google image


Pernah gelabah dengan pen??
Ye, aku pernah...gelabah macam mane?? bila masuk dewan exam, bile nak mula menulis, dan dengan tiba-tibanya 'magic' berlaku...dakwat pen habis...kelam kabut la mase tu sebab tak bawak extra pen...waaa....rase macam nak jerit je, cakap 'tolong berhentikan peperiksaan sekarang!!!! sebab dakwat pen saya habis..'....jerit dalam hati je..dengan sayunya pergi jumpa encik pengawas peperiksaan untuk ambil pen dan meneruskan peperiksaan...

Penting nye pen..saat diperlukan, die tiada...dengan pen ni jugak macam-macam kite boleh tulis ilmu agama..walaupun jasa tangan yang menulis, tapi dakwat pen pun dapat pahala...sebab tulis bende baik..betul tak?? nak tulis, ilmu yang lecturer ajar, pegi kuliah agama, salin ape yang ustaz cakap...dan macam-macam lagi kegunaan die..betapa berharganye sebatang pen untuk menulis dan mencoret pelbagai ilmu Allah...

Ape yang ingin dijelaskan di sini, sekiranya kite menggunakan beribu-ribu, berjuta-juta (pen, pensil dan yang sewaktu dengannya), nescaya, ilmu Allah itu takkan habis...dan jangan berasa rugi dengan sedikit pegorbanan untuk mendapat keredhaan Allah..

Kalam Allah menyebut dalam Surah Al-Kahfi, ayat 109, yang berbicara tentang luasnya ilmu Allah yang tidak terhingga..

"Katakanlah, kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula."

Dan Allah menyebut lagi dalam Surah Luqman, ayat 27 : 

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimah-kalimah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...