Sunday 23 March 2014

~catatan dakwah jalanan~

Bismillahirrahmanirrahim...

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." [Al Imran : 104]

Alhamdulillah, berakhir sudah Street Dakwah di Melaka, anjuran My Concern, disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi kampus sekitar Melaka, membawa tema 'ISLAM FOR ALL' Pengalaman yang tak akan dilupakan. Untuk yang pertama kalinya menyertai program sepeti ini. Turun ke lapangan yang sebenar untuk menyampaikan dakwah. Sebelum ni, kita hanya belajar teorinya sahaja, tetapi hari ini, berpeluang untuk merasai cabaran dakwah yang sebenar. Its awesome!!!

Kami dibahagikan kepada 5 checkpoint (Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Kota A Famosa, Kubu Lama, Muzium Kapal). Dan aku ditempatkan di kawasan kubu lama di mana cabarannya amat besar. To spread the words among the foreigners. How come??? Bila meninjau kawasan tersebut, kebanyakannya adalah masyarakat yang berkeluarga dan pelancong. 

Seriously, rase takut, berdebar, ketaq lutut nak jumpa mad'u. Baru rasa betapa hebatnye cabaran menyampaikan dakwah bila berada dalam masyarakat. Rasulullah S.A.W. dulu, lagi hebat cabarannya. Ini baru permulaan. Apabila melakukan street dakwah, memang yang terlintas dalam fikiran, macam mane nak approach mad'u. Alhamdulillah, dapat approach beberapa orang foreigner. Ade dari Poland, German. As expected, dorang ni memang friendly. Bile minta pandangan dorang tentang Islam, they feel free to share but not all of them. 

Bile bercakap dengan pelancong dari Poland, die mengatakan di Poland, penyebaran agama Islam ini sangat limited. Tak ramai yang cuba untuk menerangkan tentang Islam. Ade seorang lelaki non-muslim dari Sarawak, die memang tertarik dengan Islam. Bile ditanya ape yang menarik tentang Islam, die kate, "saya suka gadis Islam sebab die lemah lembut, gaya traditional, tak moden". Sambung die lagi "saya tengah mencari gadis Islam sebab nak kahwin dengan gadis Islam. Ini, saya tengah mencari di Melaka.."..haha..ade pelancong yang sorang ni, belum approach ape-ape lagi, dah suruh 'married first'..takde kaitan..haha..dan ade juga yang menolak bile kite nak approach. Belum buat ape-ape lagi, dah menolak. Itu cabaran. Bile approach orang Islam sendiri a.k.a. orang Melayu, ade juga yang menolak. dan tak kurang juga ade yang kesal dan kecewa dengan orang Melayu sendiri. Dia mengambil contoh, ade je perempuan yang pakai tudung, duk berkepit sana sini, balik pukul 2 3 pagi, kapel. Itu realiti dan tidak dapat dinafikan. 

Macam-macam respon dari mad'u kite. Dan dari sini juga lah, kite dapat mengetahui bagaimana sebenarnye persepsi dorang tentang Islam. Itu adalah pendapat dorang dan kite harus terima. Baik atau buruk, kite kena ambil semua pandangan. Tidak la kite dikatakan 'syok sendiri'..

Pengalaman hari ini adalah pengajaran untuk yang akan datang. Penat, memang la penat..dengan cuaca yang panas, sesak dengan orang ramai..segalanya cabaran yang kena tempuh demi satu matlamat, satu tekad. Kita yang menyertai street dakwah bukanlah yang paling alim, yang paling banyak ilmu, yang paling berkuasa, tapi atas kesedaran untuk BERKONGSI ilmu yang ade dengan masyarakat di luar sana. Realitinya, ramai di luar sana yang perlukan kite, yang dahagakan ilmu..cuma atas dasar ego, malas, tidak diberi peluang, membuatkan mereka jauh dengan Islam. Ayuh, bangkit umat Islam. 

Harap ade lagi street dakwah 2..:)




   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...