Wednesday 19 February 2014

~zainab al-ghazali al-jubaili~

Bismillahirrahmanirrahim...

"Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab al-Ghazali al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki."

Salah satu petikan yang terdapat di dalam buku Hari-hari Dalam Hidupku yang ditulis oleh Zainab al-Ghazali al-Jubaili. Kisah benar tentang penyeksaan di penjara tentera Mesir. Baru baca buku ni semasa cuti sem hari tu. 

Zainab al-Ghazali al-Jubaili adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini. Beliau adalah ketua Jama'ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir. 

Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malahan ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab al-Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yang dipenjarakan. Pelbagai bantuan kebendaan dan rohani dihulurkan. 

Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan ke atasnya. Tetapi Allah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dalam penjara, Presiden Jamal Abdul Nasser telah mengarah agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat. 

Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah : "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."

Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971. Semangat serta keyakinan kepada pertolongan Allah menghadapi segala bentuk penyeksaan menjadika beliau teladan kepada generasi pejuang kebenaran sehingga hari kiamat. 

Dia, Zainab al-Ghazali al-Jubaili, muslimat yang hebat, teguhnya pendirian beliau dan keyakinan beliau dengan janji Allah. Walaupun aku tidak kenali siapa beliau, cukuplah aku mengenali dan menghayati roh semangat pejuangan yang ada pada beliau. Sungguh, apa yang aku baca dalam buku ini, masih tebayang-bayang dalam minda ini. Sungguh beruntungnya beliau dapat bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. 

Kagum dengan beliau..

Saturday 15 February 2014

~dia~

Bismillahirrahmanirrahim...

DIA hebat...
DIA gagah...
DIA perkasa...
DIA adil...
DIA sangat penyayang...
DIA pemurah...
DIA tidak pernah tinggalkan aku...
DIA sentiasa mengawasi aku...
DIA sentiasa punya waktu untuk aku...
DIA bisa selesaikan masalah aku...
DIA cukupkan keperluan aku...
DIA punya segalanya...
DIA ada tika aku senang dan susah...
cuma aku yang lalai...
terus merangkak untuk mendapat cinta DIA
dan
DIA adalah yang ku cinta
Allah...




~anak kecil~

Bismillahirrahmanirrahim...

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: 
Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

Persoalan yang harus difikirkan oleh kita. Bila mana kita bergelar ibu dan bapa, bagaimana kita ingin mencorak dan membentuk anak-anak yang bakal dilahirkan. Adakah ingin mengikut arus kemodenan sehingga melupakan agama? Sungguh,,ibu bapa merupakan guru pertama bagi anak-anak. Bagaimana kita mencorakkan anak-anak kita, begitulah dia nanti. Agenda untuk membentuk anak-anak yang soleh dan solehah seharusnya difikirkan. Nak dapat anak yang soleh dan solehah, seharusnya kita dahulu yang perlu tingkatkan diri untuk menjadi soleh dan solehah..

Hari ini berpeluang untuk melihat dan membantu cikgu pasti menjayakan program. Ada pertandingan mewarna untuk adik-adik pasti ni. Ada umur 4tahun, 5tahun dan 6tahun. Suka pulak tengok diorang ni. Macam-macam ragam ada. 



4tahun
  
5tahun

6tahun




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...